Scammer: Yang patut korang tahu

Pihak berkuasa tak akan call korang

Ini penting, geng! Kalau korang dapat panggilan dari seseorang yang mendakwa diri sebagai pihak berkuasa, jangan terus percaya.

  • Urusan secara berhadapan: Pihak berkuasa hanya menjalankan urusan secara berhadapan. Diorg tak akan call korang untuk minta maklumat peribadi atau apa-apa yang berkaitan dengan urusan rasmi.
  • Panggilan boleh dipalsukan: Scammer boleh guna teknologi untuk palsukan nombor telefon. Jadi, jangan terus percaya bila korang tengok nombor yang macam rasmi.
Scammer - yang patu korang tahu

Bank mungkin akan hubungi korang

Betul, ada masa bank mungkin akan hubungi korang. Tapi, ada beberapa perkara yang perlu korang ingat supaya tak terperangkap dalam tipu daya scammer.

  • Tak melibatkan perkara sensitif: Kalau bank call korang, diorg takkan minta perkara sensitif macam TAC number, password, dan approval. Ini adalah maklumat yang sangat peribadi dan sensitif yang hanya korang sepatutnya tahu.
  • Panggilan rasmi dan profesional: Bank akan menjalankan panggilan dengan cara yang sangat rasmi dan profesional. Biasanya diorang akan call pada hari bekerja sahaja. Kalau korang rasa ada yang tak kena, jangan terus percaya.
  • Jangan kongsi maklumat penting: Kalau ada orang yang mendakwa dari bank dan minta maklumat penting, jangan beri. Korang boleh verify dengan bank korang terlebih dahulu. Call sendiri no bank kat belakang kad. 
  • Panggilan boleh dipalsukan: Ingat, scammer boleh guna teknologi untuk palsukan nombor telefon. Jadi, kalau ada yang mencurigakan, lebih baik check dengan bank korang.
  • Bank ada prosedur keselamatan: Bank mempunyai prosedur keselamatan yang ketat. Diorg takkan minta korang buat sesuatu yang mencurigakan melalui telefon.

Download App WhosCall

Dalam usaha untuk melindungi diri dari scammer, ada satu alat yang boleh korang guna, iaitu app WhosCall. 

App ini bukan sahaja membantu korang mengenal pasti panggilan yang mencurigakan, tapi juga bekerjasama dengan pihak PDRM untuk detect no scammer. 

Jom kita terokai lebih lanjut tentang app ini.

Bekerjasama dengan Pihak PDRM

  • Database Scammer: WhosCall mempunyai database yang luas mengenai nombor-nombor yang dikenal pasti sebagai scammer. Dengan bekerjasama dengan PDRM, database ini sentiasa dikemaskini.
  • Pengesanan Automatik: Bila korang dapat panggilan dari nombor yang ada dalam database, app ini akan beri amaran. Ini membantu korang elakkan panggilan scammer.
  • Laporan Scammer: Kalau korang terima panggilan scam, korang boleh lapor melalui app ini. Maklumat ini akan dikongsi dengan PDRM untuk tindakan lanjut.

Cara guna WhosCall

  • Download dan Install: Korang boleh download dan install WhosCall dari Google Play Store atau Apple App Store.
  • Daftar dan Log In: Buat akaun dan log in untuk akses semua fungsi.
  • Customize settings: Korang boleh set app ini mengikut keperluan korang, contohnya untuk block nombor-nombor yang mencurigakan.
Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..