Korang terkena scam? - Ini yang patut korang tahu

Scammer ni memang tak ada hati perut. 

Diorang sanggup tipu duit korang dengan pelbagai cara. 

Ada yang pakai nombor telefon palsu, ada yang buat website tiruan, ada yang guna akaun bank orang lain. Macam-macam modus operandi diorang ni.

Kalau korang dah terkena scammer ni, jangan putus asa. Ada beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk cuba dapatkan balik duit korang atau sekurang-kurangnya menghalang scammer ni daripada menipu orang lain lagi.

Korang terkena scam?
Photo by Ilya Batorshin
  • Langkah pertama yang korang patut buat ialah report polis. Walaupun polis cuma ambil report je dan tak boleh buat apa-apa untuk dapatkan balik duit korang, tapi report ni penting untuk rekod dan bukti.
  • Report polis ni juga boleh dijadikan sebagai rujukan jika korang nak buat report kat tempat lain atau nak saman scammer ni kat mahkamah nanti.
  • Jangan lupa mintak salinan report polis tu dan simpan baik-baik.

Report bank

  • Langkah kedua yang korang boleh buat ialah report bank. Kalau korang ada tersalah tekan link kat mana mana, terbagi info bank kat scammer ni melalui online, duit hilang & sebagainya, korang boleh cuba contact bank yang korang guna untuk mintak bantuan.
  • Bank mungkin boleh trace kemana perginya duit kita & bank boleh freeze akaun kita untuk elakkan scammer ni guna duit korang secara berterusan. 
  • Tapi jangan harap sangat yang korang boleh dapat duit korang balik, apa lagi nak tahu siapa scammer tu. bank ni biasanya hanya terima kes dari mahkamah saje. Kalau tak ada perintah mahkamah, bank tak boleh reveal maklumat scammer tu kat korang atau polis pun.

Report PPIM

  • Langkah ketiga yang korang boleh buat ialah report PPIM. PPIM tu singkatan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Diorang ni ada unit khas untuk handle kes-kes penipuan online macam scammer ni.
  • Maybe diorang boleh bantu, dan maybe juga tidak. Benda yang korang kena tahu, kemungkinan besar, korang memang takkan dapat balik duit korang. Tapi tak salah cuba kan? Diorang ada pengalaman dan sumber untuk siasat kes-kes macam ni dan bawa ke mahkamah kalau perlu.
  • Korang boleh contact PPIM melalui website diorang kat sini: https://ppim.org.my/ atau call diorang kat nombor ni: 03-2272 3594.
  • Langkah keempat yang korang boleh buat ialah report di hackers malaysia. Hackers malaysia ni bukan platform yang boleh bantu korang untuk dapatkan duit korang balik.
  • Korang boleh report di hackers malaysia beserta bukti yang kukuh untuk disenaraikan sebagai scammer. Info ni akan ditulis dalam blog ni untuk membantu orang lain membuat research dan membantu orang ramai untuk tahu maklumat penting ni.
  • Kalau nasib kita baik, mungkin ada hacker yg cuba nak bantu. Korang boleh contact hackers malaysia melalui whatsapp atau [email protected].

So, itu la beberapa langkah yang korang boleh ambil kalau korang terkena scammer. Jangan mudah putus asa atau malu untuk mintak bantuan. Scammer ni memang licik dan pandai menipu orang. Jadi, kita kena lebih bijak dan berhati-hati bila berurusan online.

Semoga artikel ni dapat membantu korang yang terkena scammer atau nak elakkan daripada terkena scammer.

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support