Macam mana nak naikkan limit SpayLater?

Nak naikkan limit SpayLater tu sebenarnya susah sikit, sebab tak ada cara atau ciri ciri yang yang menunjukkan SpayLater korang boleh naik limit kalau buat macam ini dan macam itu.

Sebenarnya bab ni korang memang tak perlu buat apa-apa yang extraordinary, cuma perlu bijak gunakan apa yang ada. Jom, aku kongsi caranya.

Guna dengan bijak apa yang ada

Start dengan apa yang ada: Awal-awal, guna je limit yang korang dah ada. Tak perlu nak stress cari jalan lain. Gunakan limit tu untuk belanja yang penting atau yang korang memang plan nak beli. Jangan biasakan hutang.

Pembayaran cantik: Ini kunci utama! Bayar balik tepat pada masa, jangan biar ada tunggakan. Ini menunjukkan korang ni pengguna yang bertanggungjawab. So peluang untuk increase tu akan lebih cerah.

Beli barang yang berharga

Beli barang dengan harga yang tinggi: Sesekali, korang perlu beli barang yang mahal. Tak perlu selalu, tapi cukup untuk tunjukkan pada SpayLater yang korang ni boleh handle barang lebih. Jangan asyik beli barang RM2 je. Mana mahu naiknya.

Pembelian bijak: Walaupun korang beli barang mahal, pastikan barang yang berguna dan berbaloi dengan harga. Jangan bazir pulak. Rugi.

Sabar dan konsisten

Sabar itu penting: Perubahan takkan berlaku overnight. Kena sabar dan konsisten dengan penggunaan SpayLater. Kadang kadang benda ni ikut nasib juga. Ada yang tak buat apa apa, tiba tiba je naik limit dia. FUH.

Nantikan kenaikan limit: Dengan rekod yang baik, lambat laun, SpayLater sendiri akan naikkan limit korang. Kalau korang tak boleh tahan, korang direct je dengan Customer Services Shopee, bagi tahu yang korang nak naikkan limit. Simple.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial