Kenapa Facebook Ads kena disable: Korang tak ada buat salah pun

Korang mesti tertanya-tanya kenapa akaun FB Ads korang boleh disable kan? 

Jangan risau, bukan salah korang je. Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan perkara ni berlaku. Jom kita terokai lebih lanjut.

Salah satu sebab utama adalah bug dari Facebook itu sendiri.  Maksudnya system AI dari Facebook ni sendiri yang memang banyak problem. 

Sistem AI yang digunakan oleh Facebook untuk mengesan aktiviti pengguna kadang-kadang boleh tersilap. Level sensitiviti AI yang tinggi boleh menyebabkan akaun korang terus di suspend walaupun bukan salah korang.

Nak dapatkan support jauh sama sekali. Memang tak membantu pun. Bukan seorang dua complaint tapi beribu ribu orang dah complaint pasal benda ni. 

Sebab sebab lain

1. Melanggar garis panduan Facebook Ads

Facebook ada garis panduan yang ketat. Kalau korang langgar, memang akan kena ban. So rujuk sama dengan garis panduan yang ditetapkan facebook. Rajinkan sikit membaca. 

2. Menghasilkan pengalaman yang negatif

Iklan yang menyebabkan user tak suka & tak menyenangkan akan menyebabkan Facebook mengambil tindakan.

3. Profile ads diragui

Facebook akan semak profil pengiklan, jadi pastikan profil korang jelas dan sah. Isi semua details penting. Pastikan semua cukup sifat. 

4. Terlalu kreatif pun tak boleh

Korang letak terlalu banyak teks dalam gambar, Facebook akan anggap ads korang sebagai iklan yang berkualiti rendah.

5. Copywriting iklan yang tak bagus

Pastikan copywriting iklan korang patuh dengan polisi dengan pengiklanan Facebook.

Apa yang boleh korang buat?

Kalau korang rasa akaun korang telah disalah tafsir, ada beberapa langkah yang boleh korang ambil:

  • Minta semakan untuk akaun ads: Korang boleh minta semakan akaun iklan korang. Minta facebook review balik. Benda ni ada dalam ads manager. 
  • Hubungi Facebook: Kalau korang ada akaun iklan yang yang aktif, boleh cuba hubungi pihak Facebook. Biasanya memang susah. 

Kalau semua tak membantu...

Kadang-kadang, semua usaha korang mungkin tak membawa hasil. Kalau semua cara yang korang cuba tak membantu, korang kena buat akaun baru je. 

Tapi, ada beberapa perkara yang korang perlu ingat:

  • Gunakan gambar berbeza: Jangan guna gambar yang sama dengan akaun lama korang. Facebook boleh trace gambar yang sama. Kalau boleh akaun lama tu tutup. 
  • Nama sedikit berbeza: Cuba guna nama yang sedikit berbeza supaya Facebook tak dapat trace akaun lama korang, tapi nama yang digunakan mesti sama variasinya dengan nama dalam IC. Contoh nama ATIQAH dalam IC, guna EQA dalam Facebook.
  • Buat pada device lain: Kalau boleh, buat akaun baru pada device lain. Kalau tak, korang kena format device korang supaya FB tak trace akaun lama korang.

Dengan cara ni je korang boleh run ads semula untuk page korang. 

Memang sedikit leceh, tapi ini adalah cara terakhir yang boleh korang cuba.

Kesimpulan

FB Ads ni memang sentiasa bermasalah dari dulu sampai lah sekarang. Tak kira la korang ni admin, marketer, atau siapa pun, ramai yang kena. 

So jangan rasa diri tu sorang je yang kena. Admin pun banyak kali kena, marketer yang lain pun kena juga. Diorang cuma standby personal akaun banyak-banyak je.

Kalau dah kena banned tu, ganti terus Facebook baru. Simple.

Ingat, dalam dunia pemasaran digital ni, cabaran macam ni memang biasa. Yang penting, korang kena pandai adapt dan jangan mudah putus asa. 

Keep moving forward, dan jangan lupa untuk selalu belajar dari pengalaman. Good luck, korang!

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial