Kenapa account SpayLater kena locked?

SpayLater adalah BNPL (Buy now pay later) yang memudahkan korang untuk beli apa apa barang melalui Shopee. Ramai yang dapat BNPL ni dah guna. Tapi ramai juga yang complaint kenapa account diorang kena suspend. Tanpa sebab pulak tu. Ini dia beberapa sebab kenapa account SpayLater korang boleh kena locked:

1. Korang pernah bayar lambat

Kalau korang jenis tak reti nak bayar on time atau pernah ada sejarah bayar lambat, benda ni memang akan buatkan account korang berisiko kena locked. Walaupun satu hari je terlambat, akaun korang memang boleh kena lock, kalau bukan sekarang pun, akan datang dia akan locked. So jangan terkejut kalau tiba tiba account korang kena locked.

2. Melanggar terma dan syarat

Ramai yang langgar terma dan syarat Shopee.

Contoh paling mudah ramai yang cuba untuk cash out SpayLater yang mana benda ni sebenarnya melanggar terma dan syarat yang dah ditetapkan. SpayLater hanya boleh digunakan dalam Shopee sahaja.

Korang tak boleh gunakan SpayLater untuk jadikan sebagai cash. Digital SpayLater hanya boleh digunakan secara Digital.

Kalau nak beli barang luar pun korang hanya boleh scan direct dalam app tu sendiri. Jadi korang memang tak boleh tukar kan SpayLater korang kepada cash. Ini juga yang menjadi faktor kenapa account korang kena locked.

Korang takkan dapat balik SpayLater korang

Bila SpayLater kena lock, sangat sangat la susah untuk korang dapatkan balik akaun yang korang ada. Biasanya kalau dah kena locked, korang takkan dapat akaun korang balik BUAT SELAMA LAMANYA. Melainkan korang berurusan dengan pihak Shopee sampai masalah ni dapat diselesaikan. Mungkin korang kena buat rayuan.

Akaun SpayLater kena suspend

Apa yang korang boleh buat?

Ada beberapa perkara yang korang boleh buat untuk dapatkan balik akaun SpayLater korang.

1. Kena contact customer services Shopee

Cuba hubungi khidmat pelanggan SpayLater dan tanya boleh tak korang dapat balik akaun yang kena suspend. Bagi tahu dan jelaskan apa yang korang alami. Diorang mungkin boleh bantu korang.

2. Pastikan korang patuhi terma dan syarat

Jangan sesekali buat cash out. Benda ni sangat berisiko untuk kena scam dengan orang luar. Tambah pulak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Shopee sendiri.

3. Settelkan semua hutang

Sembang panjang panjang tak guna kalau korang tak settlekan hutang dengan SpayLater. Jadi langkah terbaik yang korang kena buat adalah SETTLEKAN dulu semua hutang, baru sembang untuk dapatkan balik akaun SpayLater. Simple.

Kesimpulan

Jadi itulah antara faktor kenapa akaun SpayLater kena locked.

Kalau korang tak nak akaun korang kena lock, better korang ikut je terma dan syarat yang dah ditetapkan. Kalau korang perlukan duit cash, cuba tengok feature Shopee yang satu lagi, iaitu Sloan. Ini memang boleh masuk bank dan cash kan macam biasa. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Tinggalkan Pendapat Anda