Adakah Plug Power ni selamat? - Khas untuk orang Malaysia

Plug Power ni nama syarikat yang buat benda-benda yang berkaitan dengan hidrogen, macam elektrik, sistem penyimpanan, dan penghantaran.

Syarikat ni dah wujud sejak tahun 1997, dan ada website rasmi dia kat PlugPower.com.

Website ni nampak professional dan ada info yang lengkap pasal syarikat ni, semuanya tentang produk, pelanggan, dan news terkini dari diorang. Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Plug Power ni, korang boleh visit website ni.

Korang boleh study sendiri kalau korang minat nak tahu dengan lebih jelas.

Tapi, yang nak disampaikan dalam artikel ni adalah, ada satu website lain yang pakai nama Plug Power jugak, tapi dia tak sama langsung dengan yang sebenar. Tapi orang ingatkan SAMA.

Website ni namanya PlugPower.site. Nampak sama, tapi tak serupa.

Website ni cuba meniru website yang asli, tapi tak ada info yang jelas didalamnya. Ada kemungkinan ini adalah scam, kerana website ni dijadikan sebagai platform pelaburan yang kononnya boleh buat duit dengan segera.

Yes, memang ramai buat dapat duit. Tapi itu cuma permulaan.

Plug Power ni ada yang asli dan ada yang palsu. Korang buat pelaburan dalam website yang palsu.
Website Plug Power Official tu wujud.

Website ni meragukan

First thing first, website ni meragukan. Bila korang buka website ni, korang akan nampak dia cuma ada login semata-mata.

Tak ada info langsung pasal apa yang dia buat, apa yang dia tawarkan, atau apa yang dia minta. Dia cuma suruh korang masukkan email dan password korang, tanpa bagi sebarang penjelasan atau syarat.

Bukan tu je, website ni baru je buat dalam dua minggu.

Kalau korang check domain dia, korang akan nampak dia baru je daftar pada 29 Januari 2024.

Ini bermakna website ni tak ada rekod atau sejarah yang boleh dipercayai.

Mana mungkin website yang baru je wujud tetiba boleh menjadi platform pelaburan? Sepatutnya bagi cantik dulu website tu, bagi banyak info dulu.

PlugPower.site baru sahaja di create kan.
PlugPower.site didaftarkan pada 29-01-2024

Apps pun tiada

Syarikat yang offer untuk buat pelaburan biasanya ada apps yang professional untuk korang manage akaun korang sendiri. Tapi, kalau korang cuba cari apps PlugPower ni kat Google Playstore atau App Store, korang tak akan jumpa langsung.

Sebab apa?

Sebab website ni masih baru, dan apps dia pun memang tak wujud.

Apps PowerPlug ni sebenarnya memang ada, tapi itu syarikat yang sebenar punya. Bukan untuk pelaburan. Cuba tengok upline or orang yang promote, guna app ke guna website?

Tak ada satu pun yang suruh korang download app, semuanya hanya melalui link website yang diberikan.

App yang asal bukan untuk pelaburan, tapi untuk pelanggan yang guna produk dia. App ni boleh tolong pelanggan monitor dan manage akaun diaorang. Itu je.

App ni memang ada rating dan review yang baik, dan ada logo syarikat yang sama dengan website dia.

So benda benda ni memang akan kelirukan korang. Sebab wujudnya 2 syarikat yang hampir sama tapi tak serupa. Yang wujud pulak adalah syarikat legit tapi sudah di clonekan.

Benda ni sama macam Snuppee Mall

Kalau korang ingat, dulu ada satu website yang buat hal jugak, nama dia Snuppee Mall. Website ni pun kononnya platform pelaburan yang boleh buat korang kaya dengan cepat.

Tapi, bila korang join, korang kena bayar yuran, kena cari orang bawah untuk join. Korang melabur, korang dapat duit, tapi bila sampai masanya duit korang akan freeze, tahu tahu dah bankrup.

Sebab apa jadi macam tu? Sebab website scam.

Website ni dah kantoi dengan pihak berkuasa, 54 kes dah dibuka terhadap Snuppee Mall.

Snuppee Mall bawak lari dekat 1 juta lebih. Sebetulnya benda ni dah jadi pengajaran, tapi ramai orang masih nak join app buat duit yang baru.

Kesimpulan

Adakah Plug Power ni selamat? Jawapannya, bergantung pada website mana yang korang rujuk.

Kalau korang rujuk website yang asli, PlugPower.com, website ni selamat. Website ni website syarikat yang sah, yang buat benda yang berguna untuk dunia.

Tapi, kalau korang rujuk website yang palsu, contohnya macam PlugPower.site, website ni tak selamat. Website ni website bahaya. Kena hati hati.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial