Berhati hati buat pembelian di Carousell

Kalau korang ni jenis kaki shopping secara online, korang mesti pernah dengar pasal Carousell kan. Tapi kalau belum, artikel ni mungkin berguna untuk korang kalau suatu hari nanti korang nak buat urus niaga kat dalam platform Carousell ni.

Untuk pengetahuan korang, Carousell ni adalah alternatif kepada Mudah.my.

1. Apa itu Carousell?

Carousell ni basically adalah platform jual-beli secara online yang memang popular di kalangan pengguna Malaysia.

Orang suka gunakan Carousell ni sebab senang nak cari barang barang second-hand yang murah atau pun korang boleh jual barang yang korang dah tak nak pakai. Kalau korang pandai mencari barang yang korang nak dalam Carousell ni, korang mungkin boleh dapat deal yang memang berbaloi.

2. Tapi, korang kena hati hati

Korang perlu berhati hati bila korang nak buat pembelian di Carousell sebab terlalu banyak report yang mengatakan diorang ni terkena scam dekat Carousell ni. Ini maksudnya ada ramai scammer tengah mencari mangsa di platform Carousell.

Scam ni sebenarnya ada je kat mana mana je. Bukan kat platform Carousell semata mata, cuma yang paling banyak orang report terkena scam tu majoriti dari platform Carousell dan bukannya platform yang lain.

Walaupun Carousell tu sendiri bukan scam, tapi ramai pulak scammer yang aktif kat sini. Diorang guna pelbagai cara untuk tipu orang lain, dari jual barang palsu sampai lah tipu duit korang. Jadi, disebabkan ada banyak report pasal Carousell ni, korang kena berhati-hati selalu bila korang nak buat urusan jual-beli kat Carousell ni.

Credit to Carousell.com.my

3. Tips untuk elak menjadi mangsa scam

  • Check seller/buyer rating: Sebelum beli atau jual dengan seseorang, pastikan korang check dulu rating dia. Kalau rating tinggi, usually reliable. Tapi kalau rating rendah atau tiada, better berhati hati atau avoid terus.
  • Gunakan Chat Carousell: Jangan terus contact seller/buyer dengan menggunakan WhatsApp. Gunakan chat yang sedia ada dalam Carousell sebab semua tu akan direcord semua conversation korang. Senang nak track or buat report kepada Carousell nanti bila ada masalah.
  • Jangan terlalu mudah percaya: Kalau ada deal yang nampak macam terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin benda tu memang tak betul. Gunakan akal sihat dan jangan terlalu mudah terpedaya.

4. Pelbagai jenis penipuan ada

  • Barang palsu: Ada seller yang jual barang palsu tapi tunjuk gambar barang original. Jadi, kalau rasa tak yakin, korang perlu minta gambar yang lebih detail atau tengok barang tu secara langsung kalau boleh. Kalau tak boleh pun tak apa, asalkan berhati hati je selalu.
  • Fake payment proof: Scammer ni suka tipu dengan bagi fake payment proof untuk beli sesuatu kepada korang. If korang seller, pastikan korang dapatkan bukti pembayaran yang sahih sebelum hantar barang. Check betul betul resit tu. Check bank korang sama.
  • Meet-up scam: Ada juga yang tipu bila korang nak jumpa untuk ambil barang. So, pastikan jumpa kat tempat yang ramai orang dan selamat.

5. Sentiasa berhati hati tapi jangan takut

Walaupun dalam platform Carousell ni ada banyak scammer, bukan bermaksud korang perlu takut nak guna Carousell ni. Artikel ni cuma nak bagi tahu je yang korang kena berhati-hati dan sentiasa ambil langkah berjaga jaga.

Ini adalah langkah yang perlu korang buat sebelum korang nak berurus niaga kat dalam Carousell ni. Sharekan artikel ni kalau korang rasa artikel ni berguna untuk korang.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial