Jaga jaga kalau korang dapat resit bank yang bertulis "Accepted"

Pernah tak customer bagi korang resit yang bertuliskan Accepted dan kenapa bukannya Sucessfully. Benda ni sebenarnya dah banyak kali jadi, tapi sampai hari ni masih ada yang tak tahu lagi pasal ni.

Apa itu IBG (Interbank GIRO)

IBG adalah singkatan untuk Interbank GIRO, yang mana korang boleh buat pembayaran antara bank korang dengan bank penerima dan transaksi tu ditangguhkan. Bermaksud duit korang takkan terus masuk ke akaun penerima.

Kebanyakan bank yang famous kat Malaysia ni memang masih tawarkan pembayaran secara IBG. Korang boleh schedule untuk transfer duit korang pada hari apa dan jam berapa. So memang tak sama kalau korang gunakan instant transfer.

Bila korang gunakan IBG transfer ni duit korang takkan terus masuk ke dalam akaun penerima, sebab dia akan delay dulu, dan status duit korang akan menjadi “Processing”. Kelebihan guna IBG transfer (GIRO) ni, bila korang bertukar fikiran, korang boleh je cancel. So duit korang tak jadi nak transfer lah.

Kalau korang gunakan instant transfer pulak, korang akan dapat resit yang bertuliskan “Successful”, tapi kalau korang gunakan IBG Transfer (GIRO), resit yang korang dapat tu akan bertuliskan “Accepted”. Bermaksud bank dah terima request dari korang, cuma status je “Processing”.

IBG transfer ni adalah pemindahan duit yang ditangguhkan dan akan dicreditkan kedalam akaun penerima pada waktu waktu yang sudah ditetapkan.

Credit to worldofbuzz.com

Dulu IBG ni memang biasa digunakan untuk korang transfer duit kepada akaun penerima secara percuma. Sebab kalau korang nak gunakan instant transfer, korang akan dicas sebanyak RM0.50.

So, disebabkan ramai nak jimat, ramai lah yang gunakan IBG Transfer ni. Cuma benda ni waktu dulu dulu lah. Sekarang memang dah tak ada cas cas ni lagi. Korang boleh je gunakan instant transfer ni secara percuma, cuma IBG Transfer (GIRO) ni masih ada lagi lah.

Scammer gunakan Transfer IBG

Scammer yang tak ada duit lagi miskin, biasanya akan menggunakan transfer melalui IBG, kemudian diorang akan berikan resit IBG ni kepada korang sebagai bukti pembayaran. So boleh lah si scammer ni dapat apa yang diorang nak dari korang. Contoh macam beli barang mahal la.

Bila scammer ni bagi resit ni pada korang, secara automatiknya korang akan percaya yang duit tu dah dimasukkan kedalam akaun korang, cuma process tu delay je, janji ada resit dari bank.

Photo by Tech Daily on Unsplash

Tapi yang korang mungkin tak tahu adalah, selepas scammer dah share resit tu pada korang, scammer ni tadi boleh cancel transaksi yang diorang dah buat. Dulu mungkin senang, tapi sekarang dah susah nak cancel sebab kena berurusan dengan bank, tapi still boleh cancel.

So ini yang akan menyebabkan korang alami kerugian, terutama kalau melibatkan barang yang mahal. Barang sudah kasi, tapi duitnya belum ada dalam bank.

So lepas ni kalau korang dapat resit IBG transfer dan ada tulis kat situ “Accepted” maka berhati hati sebelum nak buat apa apa urusan. Tunggu duit dah masuk dulu baru korang boleh jalan. So simple.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial