Cara buat custom website & apps tanpa code

Korang mesti nak buat custom website dan apps sendiri kan?

Sekarang kan zaman digital, so korang pun mesti nak ada platform digital korang sendiri, yang mana korang boleh design ikut citarasa dan keperluan korang sendiri.

Tak kira la korang nak buat website untuk jual barang ke, atau apps yang boleh manage event ke, semua korang boleh customize.

Tapi masalahnya, untuk buat benda custom ni perlukan skill coding level advanced. Korang pulak tak ada skill tu, nak upah orang memang mahal. So nak tak nak korang kena study juga.

Tapi masalahnya korang pulak tak ada masa nak study semua coding tu, korang mungkin dah bekerja, dan banyak komitment yang perlu dibayar.

So dalam artikel ni ada satu jalan penyelesaian untuk korang create custom web or app korang sendiri.

Visual programming sebagai penyelesaian

Masalah korang boleh selesai dengan platform visual programming.

Visual programming ni membolehkan korang untuk ‘program’ website atau apps korang dengan cara yang lebih friendly dan easy.

Bayangkan korang tengah main game puzzle; korang cuma perlu drag dan drop pelbagai elemen yang korang nak dalam website atau apps tu.

Korang memang tak perlu pening kepala fikir pasal syntax code atau debug error yang tiada kesudahan.

Zaman sekarang dah advanced, sesiapa pun boleh bangunkan website dan apps sendiri. Sesiapa pun boleh jadi owner or founder kepada digital business.

Bubble IO dan kelebihannya

Bubble IO ni adalah salah satu contoh yang terbaik untuk visual programming. Platform ni membolehkan korang untuk develop website atau apps yang kompleks tanpa korang perlu tulis satu baris code pun.

Contoh platform yang menggunakan Bubble IO ni adalah Misi Rakyat.

Misi Rakyat pernah create satu platform sumbangan yang mana Misi boleh collect sumbangan dari orang ramai kemudian sumbangan itu diberikan kepada yang memerlukan dan sekarang Misi Rakyat membangunkan satu app macam Grab dan Foodpanda iaitu MISI yang mana app ni menghubungkan kedai, rider dan customer.

Dengan Bubble IO ni korang boleh design user interface, set up database, dan even integrate dengan pelbagai services lain, semuanya dah boleh dengan cara yang visual dan straightforward.

Jadi, kalau korang nak develop website dan app korang sendiri, korang dah boleh terus register dengan Bubble IO, sebab platform ni FREE untuk korang develop.

Korang tak perlu bayar apa apa selama web dan app korang dalam development. Jadi masa development ni korang boleh belajar cara untuk building tanpa terikat dengan komitment.

Tapi bila web dan app tu dah siap develop, dan korang nak publish kepada public, masa tu korang perlu bayar kepada Bubble IO. Harga starter untuk Bubble IO ni cuma 32 USD sebulan. Bermakna tiap tiap bulan korang perlu bayar selama web or app korang live secara public.

Coder programmers working in office, Programmer analyst writing code – coding program on screen computer for learning and developing programs digital coding scripts java language

Security dalam Bubble IO

Bila bercakap pasal website atau apps, security memang satu benda yang penting. Korang tak nak la nanti ada hacker masuk curi data penting, kan?

Bubble IO ambil perkara ni serius. Mereka ada pelbagai features untuk pastikan aplikasi korang selamat dari serangan luar. Contohnya, mereka guna SSL encryption untuk protect data yang dihantar antara user dan server.

Bubble IO sentiasa update system security diorang ke arah yang lebih baik. So bab security ni memang tak perlu risau sebenarnya.

Backup dan recovery

Satu lagi perkara yang korang kena tahu pasal Bubble IO ni adalah sistem backup dan recovery dia.

Platform ni secara automatik akan backup semua aplikasi korang, so kalau ada apa-apa jadi, korang boleh go back atau recover balik dengan mudah. Benda ni penting untuk elakkan korang kehilangan data atau kerja yang korang dah buat selama bertahun tahun.

Kesimpulan

So, itu lah serba sedikit pasal custom website dan apps, visual programming, dan Bubble IO.

Kalau korang nak buat digital business, korang boleh start develop website dan app korang sendiri dengan menggunakan Bubble IO.

Kalau korang tak pandai handle Bubble IO, korang boleh ambil course disini. Dia akan ajar step by step sampai korang pandai.

Cuma walaupun platform ni tak gunakan code, korang still kena belajar teknikal sikit sikit macam nak create database, install plugin, create link dan navigation dalam web or app korang sendiri. Paling penting korang kena pandai design.

Makan masa juga la untuk korang develop. Tapi kalau guna code, lagi bertahun baru siap agaknya, KECUALI KALAU KORANG DAH EXPERT.

Harap artikel ni dapat bagi korang gambaran yang lebih jelas dan membantu korang untuk mulakan projek digital korang dengan lebih yakin.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial