Kenapa nak cash out SpayLater?
SpayLater adalah feature yang ditawarkan oleh Shopee. Manakala syarikat yang menguruskan SpayLater pula adalah SEA MONEY CAPITAL. SpayLater dijadikan dengan konsep yang mudah je, iaitu untuk korang beli barang sekarang tapi bayar kemudian. Kalau korang belum ada SpayLater, korang boleh baca disini dulu – Macam mana nak apply SpayLater!
SpayLater dijadikan untuk korang membeli barang dalam Shopee sahaja. Juga boleh digunakan untuk membeli barang di kedai kedai yang support ShopeePay. Cuma sejak ada orang yang cerdik-pandai NI diorang start cari jalan untuk cash out duit dari SpayLater, so isu pun mula timbul sikit demi sikit.
Isu yang paling banyak timbul berkaitan SpayLater ni adalah isu SCAM. Disebabkan isu ni jugalah Shopee dah mula ketatkan rules. Benda ni jadi sebab ada yang nak pakai duit dari SpayLater untuk kegunaan lain, bukan untuk beli barang dalam Shopee. Ramai yang sibuk sibuk nak cash outkan untuk beli barang di luar. So, jom kita fahamkan apa yang korang boleh dan tak boleh buat.

Cara salah: Cash out melalui Touch N Go eWallet
Dulu cara ni antara cara paling famous untuk korang Cash Outkan duit dari SpayLater. Tapi sekarang dah tak ada lagi yang guna cara ni sebab Touch N Go tak jual lagi kad diorang untuk redeem. Ramai yang offer untuk cash out SpayLater dengan jalan ni dan ramai juga yang dah kena scam dengan jalan ni.
Ada yang cakap korang boleh beli Touch N Go eWallet reload pin dari Shopee guna SpayLater, lepas tu redeem dalam eWallet korang. Benda ni betul, tapi sekarang, kalau perasan Shopee dah sekat benda ni.
Cara salah: Guna khidmat pihak ketiga
Sekarang diorang guna cara baru, iaitu dengan menawarkan khidmat untuk ‘tolong’ korang cash outkan SpayLater. Yes, benda macam ni memang ramai yang offer kat media sosial. Ramai pulak yang baut benda ni dan sekali lagi dah ramai juga yang kena scam dengan jalan ni. Lebih dahsyat dari cash out melalui Touch N Go tu tadi.
Duit tak dapat, tapi korang kena bayar bulan bulan pada SpayLater. Nak ke jadi macam ni? Kalau korang tak bayar SpayLater jugak, nama korang kena blacklist dan tinda kan mahkamah akan diambil keatas nama korang.
Bila dah jadi makin teruk, Shopee start melarang & sekat cash out ni. Nak cash out juga korang perlu gunakan platform yang betul, iaitu Sloan. Sloan ni pun feature dari Shopee, yang ni memang dijadikan untuk korang cash out masuk terus ke dalam bank. Tapi kalau korang tak dapat Sloan ni, bermaksud korang memang tak layak.
Kalau korang nak cash out juga dari SpayLater, BOLEH, tapi atas risiko korang sendiri dan tunggu masa akaun SpayLater korang kena LOCKED buat selama lamanya.
Cara betul: Ikut terma dan syarat
Sebenarnya, cara paling selamat untuk ‘cash out’ duit dari SpayLater adalah… jangan cash out langsung! Korang mesti buat pembelian dalam Shopee atau kedai kedai yang menerima pembayaran dari Shopee Pay. So kalau kedai tu support, then korang boleh je scan melalui QR Code. SpayLater tu dicipta untuk memudahkan korang berbelanja di Shopee, bukan untuk dijadikan macam bank.

Macam mana nak buat pembayaran?
Senang je, guys. Korang cuma perlu tanya kat cashier, “Boleh bayar guna Shopee tak?” Kalau boleh, terus je scan QR code atau barcode yang disediakan dari kedai tu. Tak payah bagitau korang guna SpayLater ke apa, sebab dari sudut pandangan kedai, semua ni sama je. Duit tetap masuk dalam akaun mereka. So tak perlu nak aibkan diri dengan bagi tahu guna SpayLater.
Bila korang pilih untuk bayar dengan Shopee, korang akan diberi pilihan sama ada nak bayar melalui ShopeePay atau pun SpayLater. Benda ni ada kat dalam app korang sendiri. So korang je yang boleh nampak. Bukan orang kedai.
Kesimpulan
So, SpayLater tu bukan untuk cash out, tapi untuk korang beli di platform yang dah ditetapkan sahaja. Kalau korang guna dengan bijak, ia memang satu kemudahan yang sangat membantu dalam kehidupan sehari-hari korang. Ingat, ikut je terma dan syarat yang ditetapkan, dan korang tak akan ada masalah. Happy shopping, guys!
Adakah artikel ini membantu?