Lancarkan Cyber Attack secara diam diam
Sebenarnya kat Malaysia ada ramai hacker yang buat kerja kerja hacking untuk tunjukkan solidariti diorang kepada Palestin, tapi tak ramai yang tahu sebab ramai hacker suka buat kerja bersendirian.
Hasil dari siasatan, ada satu hacker ni dia gelarkan diri sebagai JARING, mana mana web yang dia serang, dia akan letak namanya sebagai JARING. Bila buat carian dalam google, rupa rupanya hacker JARING ni dah menyerang hampir puluhan dan mungkin juga sampai kepada ratusan website yang berkaitan dengan Israel. Bukan hanya Israel sahaja, tapi semua negara yang bersekutu dengan Israel.
Biasanya, kesemua website yang yang di attack tu akan diberikan amaran. Teknik hacking yang dibuat JARING ni pulak bukan teknik biasa macam DDOS, tapi hacker ni menggunakan teknik DEFACE dengan menukar content utama dalam web menjadi content amaran yang ditulis oleh JARING sendiri.


Siapa hacker yang bernama JARING ni ?
Of Course la tak ada siapa yang tahu pasal JARING ni, sebab JARING ni cuma lah nama gelaran untuk seorang Hacker dari Malaysia. Kebanyakan website yang dia dah hack, biasanya hanya dibuat untuk nak bagi amaran kepada semua negara negara yang bersekutudengan Israel. Tujuan hacking ni dibuat bukannya untuk membocorkan data sensitive atau berniat untuk menjatuhkan syarikat tu tapi sekadar WARNING !
JARING ni boleh dikatakan antara salah seorang hacker yang agak bahaya sebenarnya sebab dia ni jenis yang bergerak dalam diam tapi tak ada pun mana mana media yang nak expose pasal benda ni. Tapi kerja kerja hacking, hari hari jalan. Pergh. Yang paling best, teknik hacking yang JARING gunakan bukanlah teknik yang biasa macam hacker lain buat.
Bukan semua orang mampu DEFACE!
JARING juga merupakan pengasas kepada organisasi yang diberi nama TengkorakCyberCrew dengan subscriber mencecah hampir 3k. Kalau korang tengok dalam Channel TengkorakCyberCrew ni, memang ada ramai hacker yang buat kerja Hacktivist dengan team hacker yang lain untuk serang segala website yang memang berkait rapat dengan Israel.

Kesan deface kepada owner website
Walaupun dah ada website yang kena hack dengan JARING, skala serangan ni tak lah terlalu besar dan serius sangat sebab website yang kena hacked tu pun masih boleh di fix kan semula. Syarikat tak rugi apa apa sebab tak ada data yang akan hilang, tapi sebagai langkah berjaga jaga sebab dah pun diberi warning.
Semua website tu cuma dihack dengan tujuan memberi amaran sahaja. Mungkin nak bagi diorang tahu yang Malaysia ni antara negara yang ada ramai Hacker yang diorang patut takut. Mungkin jugak dah ramai owner website yang menangis sebab kena hacked by JARING.

Hackers dari Malaysia
Malaysia ni memang antara negara yang DISEGANI oleh negara luar. Kerana dalam Malaysia ni terdiri dari orang orang yang hebat. Termasuk lah Hackers tu sendiri. Kalau korang suka dengan artikel ni click support. Sharekan info ni pada orang lain kalau korang rasa bermanfaat. Semua info dalam ni 100% dari Channel Telegram Tengkorak Cyber Crew dan hasil carian didalam Google.
Adakah artikel ini membantu?