Cara pertama: Gunakan help center

Facebook memang tak ada nombor telefon atau email untuk korang hubungi. Jadi, korang kena guna Help Center yang disediakan dalam facebook korang sendiri. Cari masalah korang dalam senarai yang ada, dan ikut je langkah-langkah yang diberikan.

Cara kedua: Report masalah

Kalau korang tak jumpa solusi dalam Help Center, boleh cuba report masalah korang melalui app Facebook tu sendiri. Korang cuma perlu pergi ke ‘Settings’, lepas tu klik ‘Report a Problem’.

Tulis masalah korang dengan details, dan tunggu respons dari Facebook. Tapi korang kena ingat, report a problem ni hanya untuk masalah teknikal yang ada dalam facebook tu sendiri. Bukan masalah yang berkaitan dengan akaun korang.

Macam mana nak contact Facebook Support

Cara ketiga: Join community support

Ada banyak forum yang membincangkan masalah facebook. Antaranya Reddit, Quora, Facebook dan macam macam lagi. Just up soalan yang korang nak tanya, korang akan dapat jawapan. Mungkin ada orang lain yang pernah hadapi masalah yang sama dan boleh bantu korang.

Korang tak perlu dapatkan support dari Facebook

Paling akhir, korang tak perlu dapatkan support dari Facebook kerana tiada employee Facebook yang kan bantu selesaikan masalah korang. NEVER EVER. Kerana Facebook tidak peduli dengan orang biasa seperti korang.

Sekali pun korang dapat berhubung dengan employee Facebook, diorang mungkin tak dapat nak bantu sepenuhnya kerana diorang hanyalah customer services. Diorang bukan engineer atau software developer yang tahu masalah teknikal yang korang alami.

Forum, komuniti, atau kawan-kawan yang arif tentang Facebook mungkin boleh bantu korang lebih daripada support team Facebook sendiri.

Macam mana nak contact Facebook Support

Apa yang perlu korang buat, jika nak teruskan

Kalau korang betul-betul terdesak dan tak dapat selesaikan masalah dengan Facebook Support, ada beberapa langkah yang boleh korang ambil:

  1. Buat semuanya baru: Kadang-kadang, mulakan dari awal adalah cara terbaik. Buat akaun baru, buat akaun ads baru, dan pastikan semua content, gambar, dan everything berbeza.
  2. Gunakan device lain: Kalau korang nak betul-betul pastikan tak ada masalah, boleh register pada another devices atau format dulu hp korang. Ini akan memastikan korang start fresh tanpa sebarang masalah lama.
  3. Ikuti garis panduan facebook: Pastikan korang mematuhi semua garis panduan dan peraturan Facebook. Benda ni akan membantu mengelakkan masalah di masa depan.

Kesimpulan

Korang, kadang-kadang jalan penyelesaian tak semestinya melalui Facebook Support. Ada cara lain yang boleh korang cuba, dan mungkin ia lebih berkesan.

Yang penting, jangan putus asa dan teruskan usaha. Semoga artikel ini membantu korang dalam mencari jalan penyelesaian. Selamat mencuba, dan semoga berjaya dalam usaha korang! Ingat, kadang-kadang solusi ada di tangan korang sendiri. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Selamat berjaya!

Tinggalkan Pendapat Anda