Scammer: Yang patut korang tahu

Pihak berkuasa tak akan call korang

Benda ni penting dan ramai yang tak tahu yang PIHAK BERKUASA takkan sesekali call korang, melainkan korang memang dah ada urusan dengan pihak tertentu secara FACE TO FACE. Kalau korang kali pertama dapat panggilan dari seseorang yang mendakwa diri sebagai pihak berkuasa, jangan terus mengelabah.

Scammer - yang patu korang tahu

Bank mungkin akan hubungi korang

Betul, ada masa bank mungkin akan hubungi korang. Kadang kadang bank call korang untuk offer insurans, so jangan panik bila ada orang bank call. Tapi, ada beberapa perkara yang perlu korang ingat supaya tak terperangkap dalam tipu daya scammer.

  • Tak melibatkan perkara sensitif: Kalau bank call korang, diorang takkan minta perkara sensitif macam TAC number, password, dan approval. Ini adalah maklumat yang sangat peribadi dan sensitif yang hanya korang sepatutnya tahu. Bank pun tak tahu PASSWORD korang.
  • Panggilan rasmi dan profesional: Bank akan menjalankan panggilan dengan cara yang sangat rasmi dan profesional. Biasanya diorang akan call pada hari bekerja sahaja. Kalau diorang telefon pada hari cuti, korang memang patut ragu.
  • Jangan kongsi maklumat penting: Kalau ada orang yang mendakwa dari bank dan minta maklumat penting, jangan bagi. Korang boleh verify dengan bank korang terlebih dahulu. Call sendiri no bank kat belakang debit card.
  • Bank ada prosedur keselamatan: Bank mempunyai prosedur keselamatan yang ketat. Diorang takkan minta korang buat sesuatu yang yang sensitive hanya melalui panggilan telefon.

Download App WhosCall

Dalam usaha untuk melindungi diri dari scammer, ada satu app yang boleh korang guna, iaitu WhosCall. App ini bukan sahaja membantu korang mengenal pasti panggilan yang mencurigakan, tapi juga bekerjasama dengan pihak PDRM untuk detect no scammer. 

Bekerjasama dengan Pihak PDRM

  • Database scammer: WhosCall mempunyai database yang luas mengenai nombor-nombor yang dikenal pasti sebagai scammer. Dengan bekerjasama dengan PDRM, database ini sentiasa dikemaskini.
  • Pengesanan automatik: Bila korang dapat panggilan dari nombor yang ada dalam database, app ini akan beri amaran. Ini membantu korang elakkan panggilan scammer.
  • Laporan scammer: Kalau korang terima panggilan scam, korang boleh lapor melalui app ini. Maklumat ini akan dikongsi dengan PDRM untuk tindakan lanjut.

Cara guna WhosCall

  • Download dan Install: Korang boleh download dan install WhosCall dari Google Play Store atau Apple App Store.
  • Daftar dan Log In: Buat akaun dan log in untuk akses semua fungsi.
  • Customize settings: Korang boleh set app ini mengikut keperluan korang, contohnya untuk block nombor-nombor yang mencurigakan.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial