Perlu ke guna Cloudflare ni? Jawapan sebenarnya bergantung pada website yang korang buat. Ini antara sebab kenapa korang kena guna Cloudflare. Jom baca.
1. Firewall
Sebab pertama kenapa korang kena guna Cloudflare adalah FIREWALL.
Firewall dalam Cloudflare berfungsi untuk protect website korang dari serangan hacker. Firewall ni biasanya digunakan untuk halang bot jahat & segala traffic yang merosakkan website. Jadi penggunaan Firewall ni wajib untuk semua website.
2. Resize Image (Premium)
Biasanya penulis tak ada masa nak resize image dalam website. Jadi diorang upload je tanpa resize. Memang gambar tu nampak cantik tapi speed web korang akan jadi perlahan sebab gambar tu terlalu besar untuk di loadkan dalam browser pengguna. Cloudflare boleh membantu korang untuk mengubah saiz gambar agar disesuaikan dengan device pengguna. Korang tak perlu pening kepala nak ubah-ubah gambar.
3. Optimization
Selain firewall, Cloudflare juga ada feature optimization yang mana Cloudflare ni boleh tolong untuk jadikan website korang lebih ringan dan lebih speed. Jadi dengan Cloudflare korang tak perlu susah susah untuk optimization secara manual atau melalui plugin.

4. Cache
Cache antara feature penting yang ada pada Cloudflare. Ramai gunakan cache untuk jadikan website SPEED tanpa loading. Sekali click je website korang terus muncul dalam browser. Kalau korang ada visitor yang sangat tinggi, cache bantu untuk kurangkan beban pada server.
5. CDN (Content Delivery Network)
Antara feature utama adalah CDN. CDN dIgunakan untuk copy cache dan simpan dalam setiap server di seluruh dunia. Jadi mana mana pengguna yang nak visit website korang, dia akan load dari server terdekat. So pengguna takkan alami loading masa nak buka tu. Cache memang digunakan untuk SPEED.
6. DDoS Protection
Cloudflare memang ada DDoS protection dan feature ni diberikan secara percuma. Korang boleh gunakan feature ni tanpa had. Berapa banyak korang kena DDoS pun, Cloudflare akan protect. Ini yang buatkan ramai nak gunakan Cloudflare ni.

7. SSL/TLS Encryption
Cloudflare ada sediakan feature SSL/TLS. SSL/TLS Encryption dalam Cloudflare memastikan data sensitif korang selamat. Macam menyimpan emas dalam peti besi yang kukuh! So apa apa pembayaran melalui website korang adalah selamat dari pihak ketiga.
8. Analytics
Nak tahu macam mana website korang perform? Cloudflare ada analytics yang sangat details. Dengan analytics ni korang boleh tahu macam mana website korang work. Berapa ramai visitor, kena DDoS ke tak dan macam macam lagi. Korang boleh jadi macam pakar analisis gitu! Tengok dari mana user korang datang, berapa kuat server korang kena bekerja.
9. Customer support (Premium)
Ada masalah? Cloudflare ada sediakan customer support tapi hanya untuk premium user sahaja. Kalau korang guna FREE VERSION, korang takkan dapat customer support. Korang kena cari jawapan dalam Google. Orang miskin memang selalu disisihkan.
Kesimpulan
Jadi itulah antara sebabnya kenapa korang kena guna Cloudflare. Macam macam benda yang Cloudflare boleh bantu korang. Dari kelajuan hingga bab security, semua dia jaga. Jadi, korang hanya perlu setup je Cloudflare pada website. Kalau tak tahu korang boleh tengok Youtube.
Adakah artikel ini membantu?