Tanda website scam - Wajib belajar!

1. Design website yang tidak profesional

Korang ada perasan tak kalau korang terjumpa website yang designnya macam ala kadar je? 

Dah la ala kadar je, lepas tu terlalu banyak iklan pop-up, grafik yang buruk, dan susun atur yang berterabur? Ini sebenarnya menjadi salah satu tanda yang korang sedang berada di website scammer.

So masa ni dah kena hati hati, tapi ingat, ini cuma tanda. Tak semestinya scammer. Ada orang memang tak pandai design pun.

2. Tawaran yang terlalu baik untuk dijadikan kenyataan

Korang pernah dengar tak pepatah yang mengatakan, “Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, mungkin ia bukan kenyataan”?

Kalau korang jumpa tawaran harga yang terlampau murah atau promosi yang terlalu gempak, berhati-hati. Mungkin ada udang di sebalik batu. Promosi macam tu biasanya nak tarik perhatian korang sahaja.

3. URL yang pelik

Korang perlu check URL laman web yang korang nak visit. Kalau ia website tak bermula dengan “https://” atau kalau ada typo dalam nama domain, atau website tu menggunakan huruf yang tak dapat disebut dan jelas maknanya, besar kemungkinan itu adalah website scammer.

4. Review yang tidak realistik

Bila korang nak beli sesuatu online, mesti korang baca review pelanggan dulu kan?

Tapi, kalau korang nampak review yang semua positif dan bunyi macam robot pulak yang menulis, korang dah kena berhati-hati. Mungkin review tu fake semuanya. Diorang yang tulis sendiri.

5. Tiada maklumat contact

Website yang legit mesti ada halaman ‘Hubungi Kami’ atau sebarang maklumat lain. 

Kalau korang tak jumpa maklumat ini atau maklumat yang diberikan nampak palsu, elakkan dari berurusan dengan website tersebut.

6. Minta info terlalu banyak

Kalau korang terasa macam website tu minta terlalu banyak maklumat peribadi macam alamat rumah, no akaun bank atau maklumat kredit kad korang tanpa sebab yang munasabah, jangan teruskan. Better safe than sorry, kan? Kena jauhkan website yang korang memang tak trust.

Kalau setakat email tu tak apa la. Memang semua website akan minta email dan itu perkara yang normal.

7. Penggunaan bahasa yang tidak betul

Salah satu tanda yang korang boleh perasan adalah penggunaan bahasa yang pelik atau banyak kesilapan ejaan. Kiranya kalau korang baca tu, macam bukan orang Malaysia yang cakap, tapi macam orang dari luar negara.

8. Pendaftaran domain yang baru

Korang tahu tak, ada website yang boleh checkkan domain laman web didaftarkan?

Kalau korang nampak yang website tu baru je didaftarkan dan dah buat tawaran yang hebat, itu mungkin tanda scam. Syarikat besar, takkan pakai website baru untuk jalankan operasi. So jaga jaga.

9. Tiada privasi policy

Laman web yang sah mesti ada page privasi policy yang jelas.

Kalau korang tak jumpa atau rasa yang page privasi tu agak samar-samar, mungkin korang patut fikir dua kali sebelum berurusan. Benda ni wajib ada terutama untuk syarikat besar.

10. Pembayaran yang pelik

Website yang meminta korang bayar melalui cara yang tidak biasa seperti transfer bank secara langsung, QR Code, menggunakan kad hadiah atau melalui platform yang korang tak pernah dengar, itu MUNGKIN tanda scam.

11. Pop-up yang memaksa

Kalau korang sedang melayari sesuatu laman web dan tiba-tiba ada pop-up yang memaksa korang untuk memasukkan maklumat atau membuat keputusan segera, jangan terburu-buru. Pop-up macam ni selalu digunakan oleh scammer untuk menekan pengguna.

12. Tidak ada tanda keselamatan

Semak pada URL laman web. 

Kalau ada ikon mangga yang dikunci, itu menunjukkan laman web tu selamat. Tetapi kalau tiada, korang patut berhati-hati, ya!

13. Tiada gambar orang sebenar

Ada laman web yang hanya menggunakan gambar stok atau ilustrasi tanpa ada gambar orang sebenar yang terlibat dalam bisnes atau aktiviti tersebut. Walaupun ini bukanlah tanda mutlak scam, tapi ia boleh menimbulkan keraguan.

Bukan semuanya scam, so kena buat penilaian dengan betul.

14. Tiada info aktiviti atau syarikat

Kalau korang tengok laman web tu dan rasa macam kosong je tanpa maklumat aktiviti, misi, visi, atau sejarah syarikat, mungkin korang patut lebih waspada. 

Website yang sah biasanya bangga untuk kongsi cerita mereka.

15. Tiada blog artikel

Ini satu lagi petanda yang mungkin menunjukkan sesuatu yang tak kena. Korang perasan tak ada sesetengah laman web yang hanya ada satu halaman saja tanpa sebarang blog atau artikel?

Biasanya, syarikat atau bisnes yang sah ada kecenderungan untuk menghasilkan kandungan seperti artikel atau blog untuk memberi maklumat tambahan kepada pengunjung dan meningkatkan kredibiliti mereka.

Scammer pula, mereka malas nak tulis panjang-panjang. Mereka lebih suka buat sesuatu yang cepat dan senang untuk tipu orang.

So, kalau korang jumpa laman web yang hanya satu muka surat tanpa blog atau artikel, lebih baik berhati-hati.

Kesimpulan

Walaupun ada banyak tanda-tanda scammer di atas, tapi tak semestinya setiap website yang tiada info syarikat, tiada gambar orang sebenar, atau sebarang ciri lain yang di sebutkan adalah scammer.

Itu cuma tanda tanda yang perlu korang tahu dan lebih berhati hati.

Ada je bisnes yang memang tak perlu semua ini. Jadi, jangan terus label mereka sebagai scammer. Yang aku nak korang buat adalah lebih berhati-hati dan guna pertimbangan sendiri. Very simple.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial