Apa itu API? Korang mungkin nak tahu

Bayangkan korang ada sebuah restoran. Dalam restoran ni, korang sebagai pelanggan, nak order makanan. Tapi, korang tak pergi dapur untuk masak sendiri, betul tak?

Korang beritahu pelayan apa yang korang nak, dan pelayan tu yang akan pergi ke dapur, cakap dengan tukang masak. Bila makanan dah siap, pelayan bawa balik ke meja korang. Dalam kes ini, pelayan tu berfungsi macam API. Dia ‘interface’ antara korang (pelanggan) dengan dapur (sistem lain).

Artwork by HackersMalaysia.com

Sekarang, kita ambil contoh API dari ChatGPT. ChatGPT ni, dia guna AI yang canggih dari OpenAI untuk menjawab soalan, menulis artikel, dan banyak lagi.

Tapi, bagaimana cara lain aplikasi atau sistem luar berkomunikasi dengan ChatGPT? Jawapannya, melalui API.

Langkah pertama, developer app atau sistem luar akan ‘hantar permintaan’ ke API ChatGPT. Permintaan ni macam korang order nasi lemak di restoran tadi. Developer akan gunakan ‘request’ khas, yang biasanya dalam bentuk HTTP request, untuk ‘bercakap’ dengan API.

Langkah kedua, API ChatGPT akan terima permintaan tu dan faham apa yang perlu dilakukan. Macam pelayan tadi yang faham korang nak nasi lemak.

Langkah ketiga, API ChatGPT akan berkomunikasi dengan sistem AI ChatGPT di belakang tabir, memproses permintaan tersebut. Ini ibarat pelayan yang pergi ke dapur dan cakap dengan tukang masak.

Langkah keempat, setelah AI ChatGPT selesai memproses, ia akan kembali ke API dengan jawapan atau hasilnya. Contohnya, kalau permintaan tadi adalah untuk menjawab soalan, AI akan kembali dengan jawapan tersebut.

Akhirnya, langkah kelima, API ChatGPT akan hantar balik jawapan atau hasil itu ke aplikasi atau sistem yang membuat permintaan tadi. Macam pelayan yang bawa balik nasi lemak ke meja korang.

Itu lah serba sedikit tentang API. Mudah-mudahan dengan cerita restoran tadi, korang lebih faham apa itu API dan macam mana cara ia bekerja.

API ni penting sebab ia buat interaksi antara sistem dan aplikasi jadi lebih mudah dan teratur. Tanpa API, dunia IT kita ni mungkin akan jadi lebih rumit dan tak teratur!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..