Dekat mana nak belajar Python - Jom study

Nak jadi pro dalam Python? Jom, aku tunjuk korang cara belajar Python yang santai dan best, macam lepak kat kedai mamak!

Apa itu Python?

Python ni macam bahasa yang korang selalu cakap dalam seharian. Cuma bahasa ni dalam bahasa English lah, dan bahasa English ni digunakan dalam programming.

Python ni memang senang nak belajar, senang nak faham, dan boleh buat macam-macam benda. Korang boleh buat automate benda-benda boring sampailah menjadi AI yang bijak macam ChatGPT.

Orang suka guna Python sebab dia senang nak belajar, macam korang belajar bahasa English je. Lagi satu, Python ni versatile. Korang boleh guna untuk buat macam-macam benda dengan PC korang.

Korang boleh buat automate untuk kerja-kerja yang membosankan. Nak korek data dan buat analisis. Boleh bina website sendiri. Nak buat sistem yang boleh belajar sendiri, macam AI. Sampailah ke level nak buat hacking pun boleh. No problem punya.

Python ni ada satu community yang besar dan supportive. Korang boleh join community python ni kat macam macam platform macam group facebook, Quora, Stack Over Flow, Reddit dan macam macam lagi.

Kalau korang ada masalah atau nak tanya apa-apa, korang boleh je post kat forum dan tanya macam macam soalan.

Plus, Python ni open source. Maksudnya, korang boleh guna Python secara percuma, dan kalau korang ada idea nak improve Python, boleh je contribute. So simple.

Photo by Hitesh Choudhary on Unsplash

Python ni juga dia ada banyak libraries. Libraries ni ada macam macam code yang dah di siap. Contoh, kalau korang nak buat kerja dengan data, korang boleh guna Pandas. Nak plot graph cantik-cantik? Ada Matplotlib.

Nak buat web app? Django dan Flask ada untuk korang. Senang cerita, hampir semua yang korang nak buat, ada library yang boleh tolong.

Bila korang dah mula belajar Python, korang akan start dengan benda basic macam print “Hello, World!”. Lepas tu, korang akan belajar pasal variables, loops, conditions, functions, dan macam-macam lagi. Jangan risau, semua benda ni step by step. Macam main game, level by level korang akan naik.

Python ni dia cross-platform. Maksud aku, korang boleh develop kat Windows, pindah ke Mac, atau Linux, semua boleh jalan tanpa masalah. Macam korang pakai selipar jepun, selesa je mana-mana.

Sekarang ni, banyak gila resources untuk belajar Python. Ada YouTube, ada online courses macam kat Coursera atau Udemy, ada buku-buku digital, dan banyak lagi.

Korang boleh pilih cara yang korang selesa. Nak belajar sambil lepak kat cafe sambil minum latte? Boleh. Nak duduk rumah, pakai shorts, dan belajar sambil dengar lagu? Pun boleh.

Yang penting, bila belajar Python, jangan give up. Mula-mula korang mungkin akan rasa macam susah, tapi bila dah dapat hang of it, korang akan rasa seronok. Benda ni macam puzzle je, bila dah jumpa piece yang betul, semua jadi clear.

So bila korang dah pandai Python, banyak pintu peluang akan terbuka. Boleh kerja dalam bidang data science, machine learning, web development, dan banyak lagi. Plus, demand untuk programmer Python ni tinggi, dan gaji pun cun.

Nak belajar Python ni dekat mana?

Korang boleh belajar Python ni dekat internet je. Ada banyak sumber yang mengajar Python ni secara percuma. Tinggal korang je nak belajar ke tak nak. Simple. Ini antara sumber yang korang boleh belajar:

  • Apps: Ada banyak apps kat phone yang boleh ajar korang coding. Contohnya macam app SoloLearn atau Mimo. App ni korang boleh je download kat playstore dan apps store. Korang boleh belajar sambil tunggu bas, baca, buat quiz dan terus buat coding dalam phone. Kejap je dah pandai.
  • Udemy: Platform ni macam pasar malam, macam-macam kursus ada. So korang boleh cari kursus Python rating dia tinggi dan korang boleh beli course tu dan start belajar.
  • Coursera: Ni macam universiti online. Korang boleh ambil kursus Python yang diajar oleh prof-profs dari universiti terkenal. Korang akan dapat sijil bila korang dah complete buat kursus dari Coursera.
  • Youtube: Serius, ramai yang mengajar Python dekat Youtube secara percuma. Diorang akan ajar step by step. Cuma kalau dekat Youtube susah sikit lah, korang nak kena ingat korang belajar sampai kat mana. Youtube tak sama macam Udemy. Better korang belajar di Udemy. Lebih tersusun dan mantap semuanya.
  • Website: Yes, korang boleh belajar Python ni kat website yang ada ajar Python. Korang search je website for python, mesti macam macam website akan keluar. Korang boleh explore macam macam ikut pada keselesaan korang lah. Ada yang nampak simple, ada yang nampak complex.

Hello, World!

Cara nak buat coding pertama dengan Python.

print("Apa khabar, dunia?") Ni lah first step korang dalam Python. Simple je kan?

Variabel dan data types

Python ni flexible. Korang boleh simpan teks dalam string, nombor dalam integer atau float, dan ya atau tidak dalam boolean. Semua ni ada pada programming language yang lain jugak.

Control flow

Python ni macam game jugak, ada rules dia:

  • If-else: Macam pilih A atau B.
  • Loops: Ulang benda yang sama tanpa penat.

Rules macam ni memang ada pada semua programming language, so sekali korang dah expert dalam Python, sangat mudah untuk korang kuasai programming yang lain.

Function

Function ni macam shortcut. Buat sekali, guna beribu kali dalam system yang korang develop tu. Pergh.

Python

def bagiSalam(nama):
    print("Selamat datang,", nama)

Projek mini

Python ni korang tak boleh belajar teori semata mata. Kalau dapat, masa dia ajar tu korang terus buat coding kat PC korang. Bila dah faham basic korang boleh start dengan projek kecik kecik:

  • Calculator: Buat kira-kira guna Python.
  • To-Do List: Manage daily tasks korang.

Saya newbie, sesuai ke belajar Python?

Kalau korang tak tahu apa apa dalam bidang programming ni, Python adalah programming language yang paling sesuai untuk korang belajar dulu, sebab Python ni lagi mudah untuk korang belajar dari programming language yang lain.

Kalau korang dah expert dalam bidang Python ni, sangat lah mudah bila korang nak belajar programming language yang lain. Semua coding ni hampir sama je sytax dia tu.

Kesimpulan

Kalau korang nak start belajar Python ni dulu, maka ini adalah pilihan yang terbaik. Korang boleh belajar sampai pandai kemudian korang boleh develop system korang sendiri secara automated. Memang berbaloi.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial