Apa itu Javascript? Jom study!

7 min read

Apa itu Javascript?

JavaScript ni bukan calang-calang bahasa programming. Javascript adalah bahasa yang paling banyak digunakan dalam Web Development.

Dengan JavaScript, korang boleh buat website yang static menjadi dynamic dan interaktif. Bayangkan korang buat website yang boleh merespond bila user klik sesuatu, atau update content tanpa perlu refresh page, JavaScript lah yang korang perlukan.

Javascript ni juga membolehkan korang untuk integrate dengan teknologi lain macam API, databases, dan lain-lain untuk buat web applications yang lebih kompleks.

Computer language programming Javascript code internet text editor components on on display screen

Kenapa javascript penting dalam Web Development?

JavaScript ni penting sebab ia berfungsi untuk membangunkan satu website yang lebih interaktif dan user-friendly. Tanpa JavaScript, website korang akan menjadi static dan tak menarik.

Tiada apa apa function didalamnya. Dia akan jadi sama macam gambar JPG.

Dengan JavaScript, korang boleh tambah pelbagai elemen dalam website seperti animations, forms yang boleh validate input on the fly, dan even games yang boleh dimainkan terus dalam browser.

Plus, JavaScript ni juga boleh digunakan untuk backend development dengan menggunakan Node.js, jadi javascript ni bukan hanya untuk client-side sahaja.

Bagaimana function berfungsi dalam Javascript?

Function dalam JavaScript ni ibarat alat yang korang boleh guna untuk buat kerja-kerja programming.

Javascript ni membolehkan korang untuk ‘wrap’ blok code yang korang nak guna berulang kali, jadi korang tak perlu lagi tulis semula code yang sama.

Function ni juga boleh terima input, atau dalam istilah programming, kita panggil sebagai ‘parameters’, dan lepas tu produce output. Contoh mudah, function untuk tambah dua nombor mungkin nampak macam ni: function add(a, b) { return a + b; }. Bila korang panggil add(2, 3), ia akan return kepada 5.

Kat mana korang boleh belajar Javascript?

Untuk permulaan, korang boleh belajar di freeCodeCamp dan MDN Web Docs sebab ni adalah dua sumber yang sangat bagus dan percuma je. freeCodeCamp ni ada menawarkan curriculum yang based on projects, yang mana korang boleh belajar sambil buat projects yang real-world.

MDN Web Docs pula, satu platform yang disediakan oleh Mozilla, sebagai satu sumber yang sangat reliable untuk korang belajar semua benda tentang web development, termasuklah JavaScript.

Kursus JavaScript di Udemy

Kalau korang lebih suka belajar melalui kursus yang structured, Udemy ada banyak pilihan. Contohnya, “The Complete JavaScript Course 2024: From Zero to Expert!” adalah salah satu kursus yang famous dan boleh cover dari basic sampai ke advanced topics. 

Ada juga kursus lain macam “Modern JavaScript From The Beginning” yang sesuai untuk beginners.

Kursus JavaScript di Coursera

Kalau korang nak professional, dapat certificate untuk kerja, korang boleh belajar di Coursera.

Coursera ada course JavaScript yang berkualiti tinggi, contohnya macam “Programming with JavaScript” yang disediakan oleh Meta, dan “JavaScript for Beginners” oleh University of California, Davis.

Kursus-kursus ini disediakan oleh universiti terkemuka dan industry leaders. Pergh. Makna kata lain korang belajar direct dengan Professor dari luar negara.

Apps untuk belajar JavaScript

Untuk korang yang nak belajar on-the-go, apps macam SoloLearn dan Mimo adalah pilihan yang bagus.

SoloLearn ni ada menawarkan bite-sized lessons yang sesuai untuk korang belajar sikit-sikit tapi consistently. Mimo pula menawarkan cara yang interactive dan fun untuk korang belajar coding, termasuklah JavaScript.

Download je app SoloLearn atau Mimo. Korang boleh try sendiri. Memang best.

Boleh ke Javascript digunakan untuk develop software atau game kat Windows?

JavaScript ni bukan hanya untuk website. Dengan teknologi macam Electron atau NW.js, korang memang boleh gunakan JavaScript untuk develop desktop applications untuk Windows, Mac, atau pun Linux.

Untuk game development pulak, korang boleh gunakan libraries macam Phaser atau Three.js yang membolehkan korang untuk buat games yang boleh run dalam web browser atau sebagai standalone application.

Kesimpulan

JavaScript ni adalah bahasa programming yang sangat powerful dan versatile. Demand untuk Javascript ni tinggi. Bukan hanya boleh create website yang canggih, tapi juga untuk develop applications dan games.

Dengan community yang ada dan banyak resources, JavaScript adalah pilihan yang bagus untuk sesiapa saja yang nak mula belajar programming. Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom la belajar Javascript. Memang power.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial