Hacker yang digelar sebagai JARING menyerang ratusan web Israel

Serangan Cyber secara senyap

Sebenarnya kat Malaysia ada ramai hacker yang buat kerja kerja hacking untuk tunjukkan solidariti diorang kepada Palestin, tapi tak ramai yang tahu sebab ramai hacker suka buat kerja bersendirian.

Hasil dari siasatan, ada satu hacker ni dia gelarkan diri sebagai JARING, mana mana web yang dia serang, dia akan letak namanya sebagai JARING. Bila buat carian dalam google, rupa rupanya hacker JARING ni dah menyerang hampir puluhan dan mungkin juga sampai kepada ratusan website yang berkaitan dengan Israel. Bukan hanya Israel sahaja, tapi semua negara yang bersekutu dengan Israel.

Biasanya, kesemua website yang yang di attack tu akan diberikan amaran.

Teknik hacking yang dibuat JARING ni pulak bukan teknik biasa macam DDOS, tapi hacker ni menggunakan teknik DEFACE dengan menukar content utama dalam web menjadi content amaran yang ditulis oleh JARING sendiri.

SEO dari Google yang di index sebelum website tu di fix kan.
Sebahagian website yang telah dihack oleh JARING

Siapa JARING ?

JARING ni nama gelaran untuk seorang hacker dari Malaysia. Kebanyakan website yang dia hack, biasanya hanya dibuat untuk memberi amaran supaya negara negara yang bersekutu dengan Israel ni menghentikan serangan keatas Palestin.

Tujuan dari hacking ni bukannya untuk membocorkan data sensitive atau berniat untuk menjatuhkan satu syarikat tu tapi sekadar bagi WARNING!

JARING ni boleh dikatakan seorang hacker yang sangat bahaya sebab dia bergerak secara diam tanpa mendapat liputan dari mana mana media tapi kerja hacking sentiasa berjalan hampir setiap hari. Paling best, teknik hacking yang digunakan JARING bukan teknik biasa.

Bukan semua orang mampu DEFACE!

JARING juga adalah pengasas kepada organisasi yang diberi nama TengkorakCyberCrew dengan subscriber yang mencecah 1k, yang mana TengkorakCyberCrew ni banyak terlibat dalam Hacktivist dengan team hacker yang lain untuk menyerang segala website yang memang berkait rapat dengan Israel.

Deface

Kesan deface kepada owner website

Walaupun ada banyak website dah kena hack dengan JARING, skala serangan ni tak lah terlalu besar dan serius sebab website yang kena hacked tu pun masih boleh di fix kan semula. Tak ada lah sampai lost semua data tu.

Semua website tu cuma dihack dengan tujuan memberi amaran sahaja. Mungkin nak bagi diorang tahu yang Malaysia ni antara negara yang ada ramai Hacker yang diorang patut takut. Mungkin jugak dah ramai owner website yang menangis sebab kena hacked by JARING.

Credit to Tengkorak Cyber Crew

Hackers dari Malaysia

Malaysia ni memang antara negara yang DISEGANI oleh negara luar. Kerana dalam Malaysia ni terdiri dari orang orang yang hebat. Termasuk lah Hackers tu sendiri.

Kalau korang suka dengan artikel ni click support. Sharekan info ni pada orang lain kalau korang rasa bermanfaat. Semua info dalam ni 100% dari Channel Telegram Tengkorak Cyber Crew dan hasil carian didalam Google.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial