Kenapa korang kena belajar Python?

Pilihan yang baik untuk newbie

Python dikenali dengan syntax nya yang simple dan senang nak faham. Kalau programming lain, susah sikit nak faham.

Bagi yang baru nak belajar programming, Python ni bagus untuk korang belajar, sebab Python ni macam kawan baik yang akan guide korang step by step.

Kalau korang dah mahir gunakan Python, akan lagi mudah untuk korang study programming language yang lain. Dengan Python, korang tak perlu risau pasal syntax yang rumit, boleh terus fokus pada konsep asas programming.

Dengan Python korang boleh buat macam-macam

Korang boleh buat website, software dalam windows, apps mobile, analisis data, artificial intelligence, sampai ke game development pun Python boleh buat. Dia punya fleksibiliti ni buat Python menjadi pilihan top dalam pelbagai jenis projek programming.

So dengan 1 programming language je korang dah boleh create macam macam application. Fuh. Sebab tu kalau korang newbie, Python adalah pilihan terbaik untuk korang belajar.

Artwork by HackersMalaysia.com

Community yang supportive

Python ni ada komuniti yang sangat besar dan sangat supportive. Ada berlambak resources, tutorials, dan forums di mana korang boleh belajar, bertukar idea, dan minta tolong kalau ada masalah dalam coding.

Bila stuck, komuniti Python ni selalu ready untuk bantu sebab ramai je yang belajar Python ni. Antara language yang mudah untuk korang study.

Demand untuk Python ni tinggi

Mudah digabungkan dengan teknologi lain

Python ni boleh digabungkan dengan bahasa programming yang lain dan pelbagai teknologi. Jadi, korang boleh manfaatkan feature yang ada pada Python ni bersama dengan tools dan bahasa lain untuk hasilkan projek yang lebih power.

Terbaik untuk data analysis dan machine learning

Sumber pembelajaran yang banyak

Disebabkan Python ni sangat famous 1 dunia, sumber untuk korang belajar Python ni bersepah-sepah. Terlalu banyak kursus online yang ditawarkan, dan korang boleh belajar dari yang basic sampai ke advanced.

Antara course yang korang boleh belajar di Udemy adalah:

  1. 100 Days of Code: The Complete Python Pro Bootcamp – Sangat recommend.
  2. The Complete Python Developer – Recommend.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial