Macam mana nak apply SpayLater: Jom baca!

Korang nak tahu macam mana nak apply SpayLater? 

Mungkin korang tertarik untuk cuba SpayLater ni tapi tak tahu macam mana nak apply? Meh sini aku kongsikan tentang SpayLater ni & macam mana nak dapatkan. 

Apa itu SpayLater?

SpayLater adalah salah satu servis yang ditawarkan oleh shopee “Buy first, pay later” yang membolehkan korang beli sekarang dan bayar kemudian. 

Tapi tunggu, jangan terlalu bersemangat dulu. Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu.

Korang tak boleh apply, sebab Shopee akan pilih sendiri

Malangnya korang tak boleh apply sebab tak ada form untuk korang apply. 

Perbelanjaan dalam Shopee

Shopee akan pilih sendiri siapa yang layak berdasarkan perbelanjaan korang dalam Shopee. Jadi, korang kena aktif berbelanja di Shopee untuk tingkatkan peluang. Kalau boleh belanja la barang barang mahal sikit. 

Hutang dengan Syarikat Lain

Kalau korang ada hutang dengan syarikat lain macam Astro, telco, wifi, semua ni boleh masuk dalam CTOS dan menyebabkan Shopee tak pilih korang. Memang ada orang yang kena CTOS tapi dapat je SpayLater ni. Ikut nasib juga. 

CTOS – Apa Itu?

CTOS adalah sistem yang mengumpul maklumat kredit korang. Kalau korang ada rekod tak bayar hutang, ini boleh jejas peluang korang untuk dapatkan SpayLater. 

Kalau kata korang layak dapat, Shopee akan bagi tahu dalam app korang. So korang kena apply dengan bagi IC. Masa verification IC tu la mungkin diorang check CTOS korang. 

Kalau banyak hutang tertunggak, mungkin korang akan kena reject. Try download app CTOS & check report korang. 

Cara apply SpayLater di Shopee

Tips untuk tingkatkan peluang dapatkan SpayLater

Aktif Berbelanja di Shopee

Lagi banyak korang belanja, lagi tinggi peluang korang dapatkan SpayLater. Jadi, jangan malu-malu untuk shopping, ya korang!

Jaga Rekod Kredit Korang

Pastikan korang tak ada hutang yang tertunggak dengan syarikat lain. Ini penting untuk jaga rekod kredit korang supaya Shopee boleh pilih korang.

Semak Syarat dan Ketentuan Shopee

Kadang-kadang, Shopee ada syarat dan ketentuan khas untuk SpayLater. Jadi, jangan lupa untuk semak dan baca betul-betul. 

Korang boleh rujuk sendiri di website rasmi Shopee. 

Kesimpulan: Bersedia, bijak, dan happy shopping!

SpayLater memang bagus, lagi lagi untuk zaman sekarang yang harga semua dah naik. 

Tapi korang kena bersedia dan bijak untuk uruskan kewangan korang. Ikut je tips yang aku kongsikan, dan mungkin korang akan terpilih.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial