Macam mana nak tahu website fake - Korang patut belajar tentang ni

7 min read

Umur domain

Pernah dengar pasal umur domain? Ha, ni antara cara pertama yang korang kena ambil tahu.

  1. Check melalui whois: Ada banyak tools online macam WHOIS tu sendiri yang membolehkan korang tengok bila domain tu didaftarkan dan bila ia akan tamat.
  2. Domain baru: Kalau website tu baru je didaftarkan tapi dah buat bisnes yang melibatkan duit yang besar, korang kena berhati-hati sikit. Ini petanda scam.

Ejaan domain yang pelik

Ini memang common, especially kalau korang nak masuk website yang famous.

  1. Perubahan huruf: Kadang-kadang, scammer akan tukar satu huruf atau tambah huruf tambahan. Contoh: “Faceboook” atau “Fcaebook”. Nampak macam sama, tapi sebenarnya bukan. So kena tengok betul betul sebelum nak masuk.
  2. Endings yang pelik: Selain .com atau .my, ada scammer guna .net atau .org untuk confusekan korang. So bab domain ni korang memang kena perhatikan betul betul.

Penulisan yang banyak typo

Korang tau tak, scammer ni kadang-kadang tak ada masa nak tulis content dengan proper. Diorang busy scam je. Tak masa nak tulis content yang high quality. Antara yang korang kena tengok adalah:

  1. Bahasa tak standard: Kalau website tu kata dia dari Malaysia tapi bahasa dia macam Google Translate, red flag la tu!
  2. Grammar & ejaan: Banyak typo dan kesalahan grammar? Hmm, something’s fishy. Mungkin dia bukan orang Malaysia.
  3. Bahasa robot: Kalau korang baca macam bahasa robot je yang bercakap, petanda juga tu. So memang kena hati hati.

Info dalam website tak jelas

Website legit biasanya akan bagi info yang clear dan senang nak faham.

  1. Tiada info syarikat: Kalau korang tak jumpa info basic macam alamat syarikat atau nombor telefon, better berhati-hati. Tak semua kena ada alamat, tapi kalau melibatkan duit yang besar macam pelaburan memang wajib ada.
  2. Takde policy: Macam mana dengan privacy policy atau return policy? Kalau takde, better fikir dua kali.

Review & feedback

  1. Cari feedback online: Google nama syarikat atau website tu. Kalau banyak feedback negatif, korang tahu apa yang perlu buat.
  2. Check social media: Kalau ada page Facebook atau Instagram, tengok feedback dan interaction dengan customers.

SSL Certificate

  1. Green padlock: Tengok kat address bar browser korang. Kalau ada green padlock, itu tandanya website tu ada SSL certificate yang melindungi data korang.
  2. HTTPS: Make sure website start dengan “https://” dan bukan “http://”.

Tawaran yang too good to be true

Kalau korang rasa tawaran tu macam tak masuk akal, better trust instinct korang. Biasanya, kalau terlalu baik untuk jadi benar, memang tak benar!

Disclaimer: Bukan setiap website perlu Info Syarikat yang terperinci

Situasi yang memerlukan info syarikat yang jelas:

  • Pelaburan & transaksi kewangan besar: Kalau korang nak terlibat dalam sebarang bentuk pelaburan, terutama yang memerlukan jumlah modal yang besar, adalah penting untuk dapatkan maklumat syarikat yang jelas dan terperinci. Ini termasuk sejarah syarikat, track record, dan lain-lain.
  • Pembelian property atau franchise: Memiliki property atau memulakan franchise adalah komitmen kewangan yang besar. Oleh itu, mendapatkan maklumat yang cukup tentang syarikat atau agen yang terlibat adalah kritikal.

2. Situasi yang tak necessarily perlukan info syarikat yang terperinci:

  • Upah menulis & freelancing: Ramai penulis bebas atau freelancer yang mungkin tak berdaftar sebagai syarikat. Namun, mereka masih boleh menunjukkan profesionalisme melalui portfolio dan ulasan pelanggan.
  • Servis web design: Seperti penulis bebas, banyak perancang web yang bekerja atas dasar projek. Mereka lebih bergantung kepada kemahiran dan testimoni pelanggan untuk menunjukkan kredibiliti mereka.
  • Perniagaan produk kecil kecilan atau handmade: Sesetengah perniagaan kecil mungkin tidak mempunyai alamat pejabat atau butik, tapi mereka mempunyai produk berkualiti dan ulasan pelanggan yang baik.

3. Pentingnya membuat penilaian berdasarkan keperluan:

  • Review & testimoni sebagai panduan: Dalam era digital ini, ulasan dan testimoni pelanggan sering menjadi panduan yang lebih bernilai berbanding info syarikat yang formal.
  • Memahami keunikan setiap bisnes: Setiap bisnes atau perkhidmatan mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kredibiliti mereka. So, penting untuk korang memahami dan menilai berdasarkan keperluan korang sebagai pengguna.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial