Apa itu Wifi Mesh: Teknologi untuk rumah korang

Wifi Mesh: Penyelesaian internet tanpa sempadan

WiFi Mesh adalah teknologi internet yang canggih, direka untuk memastikan liputan WiFi yang luas dan stabil di dalam rumah atau pejabat.

Kiranya kalau rumah korang terlalu besar dan wifi kat rounter korang tak cukup kuat, korang boleh gunakan Wifi Mesh untuk kuatkan Wifi yang ada dalam rumah korang. So mana mana korang pergi, Wifi sentiasa ada dalam rumah.

Bagaimana Wifi Mesh berfungsi?

Berbeza dengan router tradisional yang hanya menggunakan satu titik akses, WiFi Mesh menggunakan beberapa node yang saling berhubung untuk menyebarkan signal WiFi secara meluas. Setiap node berfungsi sebagai satu titik akses, memastikan liputan yang meluas dan berterusan kepada semua devices yang connected.

Kelebihan Wifi Mesh

  1. Liputan yang lebih luas: Sistem ini ideal untuk rumah besar atau pejabat dengan banyak bilik dan tingkat.
  2. Sambungan yang stabil: Mengurangkan masalah sambungan yang lemah atau terputus.
  3. Pemasangan yang mudah: Biasanya, pemasangan WiFi Mesh tidak memerlukan wiring yang rumit.
  4. Pengurusan yang mudah: Boleh diurus dan dimonitor melalui aplikasi smartphone.

Kekurangan Wifi Mesh

Walaupun ada banyak kelebihan, WiFi Mesh juga ada kekurangannya, seperti kos yang lebih tinggi berbanding router tradisional dan mungkin memerlukan lebih banyak node untuk liputan yang sangat luas. Untuk sesetengah pakej internet, korang akan dapat Wifi Mesh ni secara percuma. Contohnya macam TIME INTERNET.

Kesimpulan: Bila patut guna Wifi Mesh?

Jika korang tinggal di rumah besar atau mempunyai banyak peranti yang memerlukan sambungan internet yang stabil, WiFi Mesh adalah pilihan yang terbaik. Ia menyediakan liputan yang luas dan sambungan yang boleh dipercayai, menjadikan pengalaman online korang lebih menyenangkan dan produktif.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support