Pakej Internet terbaik dalam Malaysia (Confirmed!)

TIME Internet: Paling pantas & murah dalam Malaysia!

Bila sebut TIME Internet, korang kena tahu, pakej yang diorang tawarkan ni memang susah untuk ditolak. Pakej asas TIME bermula dari RM99 sebulan, dan korang akan dapat unlimited internet dengan kelajuan 100Mbps. Laju dan termurah.

Credit to Lowyat.net

Harga paling murah

TIME Internet adalah provider Internet paling murah yang korang boleh pilih tapi tak semua kawasan yang dia cover so korang kena check dulu. Ini harga yang ditawarkan oleh TIME INTERNET Malaysia.

TIME Internet PROMO!
Plan TIME Internet paling basic di Malaysia.
Plan pantas 1Gbps dengan hanya RM199 sahaja sebulan
Plan paling maximum yang TIME Internet tawarkan!

Kekurangan yang perlu korang tahu

Untuk TIME Internet, kekurangan dia terletak kepada kawasan. Tak semua tempat yang TIME Internet dapat cover. TIME masih baru dan memerlukan lagi beberapa tahun untuk berada disemua tempat. Kalau duduk kampung tu, anggap je la tak ada. Boleh click disini untuk apply TIME Internet!

TIME Internet Offer

Maxis Fibre: Antara yang murah selepas TIME Internet

Maxis Fibre ni antara Internet Provider paling murah selepas TIME Internet.

Dari yang basic untuk browsing dan streaming biasa, sampai ke pakej yang lebih power untuk kegunaan berat seperti gaming dan kerja dari rumah yang memerlukan bandwidth yang lebih tinggi. Maxis Fibre start dengan pakej yang memberikan kelajuan 30Mbps dan naik setapak demi setapak hingga ke 800Mbps untuk korang yang memang hardcore user.

Harga yang takkan buat poket korang kering

Memang harga ni agak berbaloi dengan apa yang korang dapat, especially bila ada deals dan promosi yang Maxis selalu bagi, seperti potongan harga atau upgrade kelajuan percuma.

Harga paling basic yang ditawarkan oleh Maxis Fibre
Plan Maxis Fibre 300Mbps
Plan Maxis Fibre 500Mbps
Plan Maxis Fibre 1Gbps
Plan Maxis Fibre 2Gbps

Kelebihan Maxis Fibre

Maxis Fibre ni lagi lama dari TIME Internet. So memang coverage dia lagi stabil. Kat mana mana pun korang boleh apply. Kalau korang sign up untuk pakej yang lebih tinggi, Maxis Fibre ada selitkan sekali beberapa perks tambahan, macam free calls ke fixed lines atau even beberapa channel premium untuk korang yang suka layan TV.

Apa yang kurang?

Cuma, satu benda yang korang kena ambil kira, walaupun Maxis ni ada banyak kelebihan, ada juga kekurangannya. Antara yang ketara, adalah pakej asas mereka yang mungkin tak cukup kuat untuk sebuah rumah yang ramai orang guna internet serentak. Plus, coverage area Maxis Fibre ini mungkin belum meliputi semua kawasan di Malaysia, terutamanya di luar bandar.

Astro Fibre: All in One pakej

Kalau korang langgan Astro, dan korang tak suka bayar asing asing.

Korang boleh try Astro Fibre. Kalau korang amik pakej Astro Fibre korang akan dapat Astro, home fibre dan akan dapat sekali beberapa app macam Disney Hot Star secara percuma. So korang hanya bayar sekali pada 1 platform yang sama. Tak perlu dah korang nak pening pening.

Harga yang worth it untuk peminat hiburan

Harga bagi Astro Fibre ni agak kompetitif, dengan adanya pelbagai pilihan kelajuan dan pakej yang berbeza.

Harga start dari anggaran RM99 ke atas, tergantung pada pakej langganan TV yang korang pilih. Ini menjadikan Astro Fibre satu pilihan yang menarik, terutama bagi korang yang dah ada langganan Astro dan nak tambah servis internet yang terpadu dengan hiburan yang sedia ada.

Kelebihan Astro Fibre

Satu perkara yang menonjol dengan Astro Fibre ialah integrasinya yang licin dengan pakej hiburan Astro. Ini bermakna korang boleh stream content Astro Go dengan lebih stabil dan lancar. 

Tambahan pula, Astro Fibre juga menawarkan kelajuan yang solid untuk memenuhi keperluan gaming, streaming, dan kegunaan internet harian korang.

Kekurangan Astro Fibre yang perlu dipertimbangkan

Tapi, tak semua benda perfect, kan? Astro Fibre ni mungkin masih baru dalam permainan internet dan masih banyak lagi coverage yang diorang tak cover. Ini maksudnya tak semua kawasan di Malaysia dapat menikmati servis Astro Fibre ni. Korang perlu check sama ada servis ini available di kawasan korang sebelum membuat keputusan.

Unifi: Broadband no 1 di Malaysia

Siapa je yang tak kenal dengan Unifi? Fibre Optic ni ramai yang kenal melalui Unifi.

Unifi menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk semua jenis pengguna, dari yang basic hingga ke heavy user. Dengan pakej yang bermula dari kelajuan 30Mbps untuk penggunaan asas seperti browsing dan streaming ringan, hingga kepada 800Mbps untuk penggunaan berat macam gaming online dan streaming 4K. 

Pakej-pakej ni biasanya disekalikan dengan pakej yang lain macam Unifi TV packs dan telefon rumah dengan free minutes untuk panggilan. So korang akan rasa berbaloi bila korang bayar Unifi setiap bulan.

Harga yang bersaing

Dari segi harga, Unifi ni ada kelas dia tersendiri. Plan dia agak mahal sikit kalau nak compare dengan yang lain. Plan asas mungkin start dari RM129 sebulan, yang boleh dikatakan reasonable bagi kelajuan yang ditawarkan. Kadang-kadang Unifi pun ada buat promosi yang menarik, contohnya macam diskaun untuk bulan-bulan pertama atau kelajuan yang ditingkatkan pada harga yang sama.

Kelebihan Unifi

Unifi dah lama dalam game ini, dan servisnya memang stabil dan boleh dipercayai.

Selain itu, mereka menawarkan Unifi TV yang datang bersama pakej internet, memberikan korang akses kepada pelbagai saluran untuk hiburan keluarga. Servis pelanggan mereka juga cukup baik, dengan banyak cara untuk menghubungi dan mendapatkan bantuan.

Kelemahan Unifi yang korang patut tahu

Celcom Fibre: Connect tanpa batas untuk rumah korang

Celcom Fibre ni ada beberapa pilihan pakej yang direka untuk menyesuaikan dengan keperluan rumah-rumah di Malaysia. Dari pakej yang menawarkan kelajuan asas yang sesuai untuk browsing dan streaming ringan, hingga ke pakej yang lebih laju untuk penggunaan berat seperti download besar-besaran, gaming online, dan streaming content dalam HD atau 4K.

Harga mampu milik

Dalam soal harga, Celcom Fibre ni menawarkan beberapa pilihan yang agak berpatutan

Pelan asas mungkin bermula dari sekitar RM120 ke atas. Ini tentunya harga yang bersaing, memandangkan kualiti dan kestabilan sambungan yang korang dapat. Selain itu, Celcom selalu ada promosi atau tawaran bundle yang boleh menjimatkan lagi kos bulanan korang.

Kelebihan Celcom Fibre

Salah satu kelebihan terbesar Celcom Fibre ialah kestabilan servis mereka. Dengan infrastruktur yang solid dan pengalaman yang panjang dalam industri, Celcom menyediakan sambungan yang boleh diharap. 

Mereka juga menawarkan pemasangan yang cepat dan mudah, jadi korang tak perlu risau tentang kesulitan untuk mula menggunakan servis.

Kekurangan Celcom Fibre yang korang perlu tahu

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support