Copilot Pro ni berbaloi ke untuk korang subscribe

Keperluan User

Hari ni ramai yang gunakan Copilot untuk bantu kerja kerja yang dijalankan. Cuma Microsoft ada offer Copilot Pro kepada user yang nak upgrade dari free version kepada pro version. Maksudnya spec yang korang dapat lagi hebat lah dari Copilot biasa. Cuma perlu ke sampai korang nak subscribe Copilot Pro ni?

Kelebihan Copilot Pro

a. GPT 4 Turbo

Copilot ni menggunakan model GPT 4 untuk merespon segala pertanyaan dan request dari korang. GPT 4 ni memang dikatakan antara model yang advanced dalam ChatGPT dan kalau korang nak gunakan GPT 4 ni dalam ChatGPT korang kena bayar 20 USD sebulan.

Berbeza pulak dengan Copilot, diorang offer GPT 4 ni secara PERCUMA sahaja. So korang boleh gunakan GPT 4 ni yang advanced ni secara unlimited dan sampai bila bila.

Cuma Microsoft ada offer GPT 4 Turbo secara berbayar, maksudnya korang akan dapat GPT 4 yang lebih pantas dengan bayaran sebanyak 20 USD sebulan.

Credit to copilot.microsoft.com

b. Pelbagai feature yang advanced

Copilot pro ni bukan je offer GPT 4 Turbo, tapi diorang ada offer jugak macam macam feature yang lain macam boosts generate images, build copilot sendiri, gunakan copilot ni dengan Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan banyak lagi.

c. Priority access

Korang akan diutamakan dari user yang menggunakan Copilot secara percuma. Korang dapat access GPT 4 dan GPT 4 Turbo ketika peak times dengan performance yang terbaik. So korang takkan stuck or alami slow performance pada waktu kemuncak.

Kekurangan Copilot Pro

a. Limited dalam bahasa Malaysia

Copilot Pro ni tak support bahasa Malaysia, tapi hanya support bahasa Indonesia. Dia boleh menulis dalam bahasa melayu tapi tak berapa mantap sangat penulisan yang di generate, kadang terabur dengan bahasa Indonesia, kadang banyak masalah grammar dan sebagainya.

b. Terlalu banyak rules

Copilot dan Copilot Pro ni terlalu banyak rules yang diorang letak, menjadikan setiap request yang korang buat selalu error atau memang tak boleh buat kerana melanggar guideline yang ditetapkan. Berbeza dengan ChatGPT yang mana rules diorang agak sedikit longgar. Tak terlalu sensitif macam Copilot.

Kesimpulan

Kalau korang rasa berbaloi, korang boleh teruskan. Kalau korang rasa tak, tak perlu subscribe Copilot Pro ni. Plus rasanya memang tak perlu lagi subscribe sebab Copilot ni masih belum stabil dan masih banyak masalah dengan respon yang dikeluarkan.

Mungkin korang kena tunggu lagi beberapa bulan atau setahun untuk subscribe 20 USD tu. Baru rasa berbaloi. Tapi diorang ada offer free trial untuk korang guna Copilot Pro ni dalam sebulan. Korang boleh try dan tengok dulu macam mana. So far, feature yang ada tak banyak dan tak membantu sangat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support