Jom belajar buat prompt untuk generate video realistic dengan Sora AI

Sora AI tu apa?

Sora AI ni adalah model AI yang menggunakan teknik diffusion untuk buat video dari teks.

Diffusion ni macam proses yang terbalik dari denoising, yang mana model ni akan start dengan video yang random dan noisy, pastu cuba remove noise tu sikit-sikit sampai dapat video yang clear dan realistic.

Model ni boleh buat video sampai satu minit panjangnya, dengan kualiti yang boleh tahan tinggi dan sesuai dengan teks yang korang bagi.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Sora AI, boleh baca di WEBSITE RASMI OPEN AI.

Macam mana nak buat teks yang bagus?

Teks ni adalah benda yang korang tulis untuk bagi arahan kat Sora AI untuk buatkan video yang korang nak.

Teks ni penting sebab akan menentukan hasil video yang korang dapat.

Kalau teks korang clear dan detail, mudah difahami oleh Sora AI, maka video korang pun akan jadi lebih real dan menarik.

Kalau teks korang vague dan simple, video korang pun akan jadi kurang realistic dan boring, sebab Sora AI tak berapa faham dengan apa yang korang nak samapaikan.

Jadi, macam mana nak buat teks yang bagus? Ikut tips ni:

1. Gunakan bahasa Inggeris yang betul dan mudah difahami

Setakat yang team kami tahu, Sora AI ni hanya faham dalam bahasa Inggeris, jadi korang kena tulis teks dalam bahasa Inggeris dengan betul dan mudah difahami.

Kemungkinan juga boleh menulis prompt dalam bahasa Melayu, cuma dalam bahasa English tu akan lebih perfect.

Jadi, elakkan guna bahasa yang terlalu formal atau informal, atau guna singkatan atau slang yang kurang umum. Gunakan bahasa Inggeris yang standard dan simple, dan pastikan ejaan dan tatabahasa korang betul.

Baru hasil yang korang dapat tu terbaik.

2. Jelaskan apa yang korang nak dalam teks korang

Sora AI ni akan cuba ikut apa yang korang tulis dalam teks korang, jadi korang kena jelaskan apa yang korang nak dalam teks korang. Kalau korang tulis teks yang terlalu general atau vague, Sora AI mungkin tak akan faham dengan apa yang korang nak, dan hasil video yang di generate pun akan jadi random.

Jadi, cuba korang tulis teks yang spesifik dan detail, dan beritahu Sora AI apa yang korang nak dalam video korang.

Contohnya, kalau korang nak video pasal kucing, jangan tulis “A video of a cat”, tapi tulis “A video of a fluffy orange cat playing with a ball of yarn on a sofa”. Detailskan?

Dengan teks yang details ni, Sora AI akan dapat buat video yang lebih spesifik dan sesuai dengan apa yang korang nak.

3. Gunakan perkataan kunci yang berkaitan dengan video yang korang nak

Perkataan kunci ni adalah perkataan yang penting dan relevan dengan video yang korang nak, dan boleh membantu Sora AI untuk lebih faham dengan apa yang korang nak dan buatkan video yang lebih accurate dan realistic.

Jadi, cuba gunakan perkataan katakunci, dan elakkan guna perkataan yang tak relevan atau misleading.

Contohnya, kalau korang nak video pasal dinosaur, gunakan perkataan kunci seperti “T-rex”, “Jurassic”, “prehistoric”, dan sebagainya.

Jangan gunakan perkataan katakunci seperti “bird”, “pet”, “cute”, dan sebagainya, sebab perkataan ni tak relevan atau misleading dengan video yang korang nak.

Contoh teks yang bagus

Ok, sekarang korang dah tahu macam mana nak buat teks yang bagus, jom tengok contoh teks yang bagus yang aku buat untuk Sora AI.

Contoh ni adalah untuk video pasal seorang lelaki yang main gitar di tepi pantai, dengan gaya yang santai dan romantis.

Teks: A video of a young man playing an acoustic guitar on a sandy beach at sunset. He wears a white shirt, blue jeans, and a straw hat. He sits on a wooden bench, facing the ocean. He sings a love song with a soft and sweet voice. The video is in 4K resolution, 60 fps, and realistic style. The camera angle is from behind him, showing his back and the guitar, and the beautiful scenery of the sea and the sky. The video has a warm and cozy tone, with a gentle breeze and waves sound in the background. The video is about one minute long, and ends with him smiling and looking at the camera.

Kesimpulan

So itu lah dia artikel tentang “Jom belajar buat teks untuk generate video realistic” dengan menggunakan Sora AI.

Aku harap korang dapat belajar sesuatu dari artikel ni, dan cuba buat teks yang bagus untuk Sora AI.

Sora AI ni adalah model AI yang sangat hebat dan menakjubkan, yang boleh buat video yang realistic dan imaginative dari teks yang korang tulis.

Tapi, untuk dapat video yang korang nak, korang kena tulis teks yang clear, detail, relevan, sesuai, dan mudah dibaca. Kalau korang ikut tips yang aku bagi, korang akan dapat video yang cantik dan menarik dengan Sora AI.

Selamat mencuba!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support