Siapa RipperSec ni?
RipperSec adalah group hackers yang berasal dari negara Malaysia. Team RipperSec terdiri daripada hackers, programmer dan script kiddies yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menentang kerajaan yang bersekutu dengan negara Israel.
RipperSec memang dikenali sebagai Hacker Pro Palestin. Hampir setiap hari, team dari RipperSec membuat serangan keatas semua web Israel dengan menggunakan teknik DDoS (Distributed Denial of Service) bagi semua website yang berkaitan, serangan ini dibuat termasuklah kerajaan, media, dan digital bisnes.
Serangan yang diorang buat bukan keatas website biasa. Majoriti adalah website dari syarikat syarikat besar dan ternama. Antaranya adalah portal Bank, Media Israel, Government & banyak lagi.
DDoS ni adalah teknik serangan siber yang boleh menyebabkan performance website jadi drop dan error sepenuhnya. Bila dah error tak ada satu user pun yang dapat buka atau access. Benda ni boleh berlaku disebabkan request palsu yang dihantar secara bertubi tubi pada server dan menyebabkan CPU dan RAM server menjadi maximum dan tak dapat di access lagi.

Apa motif utama RipperSec ni?
Tujuan dan motif utama RipperSec ni sangat simple, iaitu untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang telah diserang secara bertubi tubi dari negara Israel. RipperSec akan terus menerus buat serangan cyber keatas Israel sampai lah Israel berhenti menyerang Palestin.
Mungkin serangan yang dibuat tak mendatangkan kesan dalam politik atau tak menyebabkan tentera Israel menjadi takut, tapi ini adalah sedikit usaha yang dijalankan dengan pengetahuan dan skill yang ada dalam membelah nasib Palestin. Dan benda ni lebih baik dari duduk bersahaja dan tak buat apa apa.
Majoriti Hackers dari Malaysia memang tak setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh negara Israel dan memang dianggap telah melanggar hak asasi manusia dan hukum antarabangsa. Setiap hari, RipperSec tak berhenti buat serangan pada semua website yang terlibat dengan negara Israel termasuklah negara negara luar yang memberi sokongan kepada negara Israel. Team RipperSec memang anggap negara-negara ni sebagai musuh utama Rakyat Palestin dan musuh Rakyat Malaysia.


Apa kesan serangan RipperSec ni?
RipperSec dah mulakan serangan DDoS ni lebih daripada 100 website yang berkaitan dengan Israel sejak konflik yang mula berlaku di Gaza pada Oktober 2023. Hampir kesemua web media dari Israel terkena serangan DDoS dan juga dihack dengan memberikan amaran keras. Kesan dari Serangan RipperSec ni boleh menyebabkan gangguan teknikal dan menyebabkan kerja kerja yang dijalankan sesebuah organisasi tu menjadi terganggu. Majoriti website Israel ni ada yang tak boleh buka, ada yang jadi slow dan ada yang terus K.0.
RipperSec kerap melakukan provokasi dan ancaman pada website yang diorang dah hack. Serangan RipperSec menimbulkan kebimbangan dan kemarahan pada ramai pihak. Hasil dari research yang dibuat, pengasas RipperSec Malaysia dipanggil dengan nama TrashDono, seorang developer yang menghasilkan tools yang diberi nama MegaMedusa.
Semua info yang ditulis 100% berdasarkan dari apa yang dikongsi dalam channel Telegram Rasmi RipperSec.
Adakah artikel ini membantu?