Bahaya APK File - Korang wajib baca

Biasanya, korang boleh dapat APK file ni dari apps store macam Google Play Store atau App Store.

Tapi kadang-kadang, korang mungkin terjumpa APK file ni di website-website tertentu, link yang orang lain bagi, atau pun download dari sumber yang korang sendiri tak pasti.

Sebab korang ingat boleh dapat aplikasi yang best-best, yang tak ada dalam apps store, atau yang free je.

Boleh kena virus atau malware

Virus atau malware ni adalah program jahat yang boleh rosakkan sistem telefon korang, curi data korang, atau buat apa-apa yang korang tak nak.

Contohnya, virus atau malware ni boleh ambil gambar korang, akses kamera korang, baca SMS korang, atau guna data korang tanpa kebenaran korang.

Korang tak nak kan benda-benda macam ni jadi? Sebab tu, korang kena elakkan download APK file ni dari sumber yang tak sah atau tak dipercayai.

So dalam apps store boleh pulak downloadkan?

Hah, dalam App Store, semua app yang dipublishkan dalam tu, sudah disemak oleh Pihak Google & Apple. Yang mana yang dah diluluskan tu, bermaksud selamat. So memang tak boleh risau lagi dah.

Boleh kena spy atau hack

Spy atau hack ni bermaksud ada orang yang boleh tengok atau kawal telefon korang dari jauh. Orang ni boleh jadi seorang hacker, penjenayah, atau agensi perisikan.

Mereka boleh guna APK file ni sebagai alat untuk masuk ke dalam telefon korang dan buat apa sahaja yang mereka nak.

Contohnya, mereka boleh ambil maklumat peribadi korang, macam nama, alamat, nombor telefon, atau nombor akaun bank.

Korang tak nak kan jadi mangsa spy atau hack ni? Sebab tu, korang kena berhati-hati bila download APK file ni dari mana-mana sumber kecuali apps store sahaja.

Risiko ransomware & kehilangan data

Semua data dalam hp korang boleh dikunci & hacker akan minta bayaran dari korang, kalau korang nak unlock semua data yang dah dilock tu. So ini yang disebut Ransomware.

Tapi katakan lah korang tak nak bayar, sebab harga yang terlalu tinggi. Confirm confirm semua data korang yang penting akan hilang buat selamanya. So bab APK FILE ni korang kena serius. Jangan pandang remeh.

Kesimpulan

Itu lah tiga bahaya yang akan effect pada data bila korang download APK file ni dari sumber yang tak trusted. Aku harap korang faham dan ambil iktibar dari artikel ni.

Tapi, aku tak kata korang tak boleh download APK file langsung, tapi korang kena bijak dan berhati-hati bila buat keputusan tu.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support