iPhone boleh kena hack ke? Jom kita kaji lebih dalam

Apa yang buat iPhone ‘susah’ untuk kena hack?

  1. Bukan open source: iOS, berbeza dengan Android, tak open source. Maksudnya, kod sumber dia bukan main senang je untuk orang awam baca. Ini buat kerja hacker tu jadi sikit susah.
  2. Update selalu on point: Apple ni memang rajin hantar updates, terutamanya yang berkaitan dengan security. Ni membantu tutup lubang-lubang keselamatan yang ada.
  3. Sandboxing yang top: Dalam iOS, setiap app jalan dalam ruang dia sendiri. Jadi, kalau ada app yang ‘nakal’, susah sikit dia nak jangkiti phone korang.

iPhone still boleh kena hack

Walaupun kuat, iPhone bukanlah benteng yang tak boleh ditembusi. Ada banyak cara yang hacker gunakan untuk hack iPhone:

  1. Phishing, si penipu licik: Kadang-kadang, yang merosakkan bukan sistemnya, tapi kita yang terpedaya dengan email atau message yang nampak legit, tapi sebenarnya penipuan.
  2. Jailbreaking, kasi lega tapi berisiko: Bila kita jailbreak iPhone, kita buka pintu untuk lebih banyak risiko sebab kita dah buang beberapa security measures dari Apple.
  3. Exploits dalam software: Jarang berlaku, tapi kadang-kadang ada loophole dalam iOS yang boleh dimanfaatkan oleh hacker.

Macam mana dengan Android pulak?

Tips nak jaga iPhone dari hacker

Nak pastikan iPhone korang selamat? Ikut je tips ni:

  1. Jangan jailbreaking: Walaupun menggoda, jailbreaking buka lebih banyak risiko.
  2. Beringat dengan phishing: Elak klik link yang mencurigakan atau muat turun benda pelik.
  3. Update, update & update: Sentiasa update iOS korang untuk dapati patch terbaru untuk keselamatan.

Kesimpulan

So, walaupun iPhone dianggap lebih secure, ia bukanlah immune dari hacking. iPhone masih boleh kena hack. Korang kena jadi pengguna yang bijak, ikut cara keselamatan yang betul, dan korang akan lebih selamat. Ingat, dalam dunia digital ni, tak ada yang 100% secure. Jadi, jaga-jaga dan sentiasa alert!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial