Kenapa korang tak boleh guna akaun savings untuk bisnes

Aku nak cerita pasal topik yang agak penting, terutamanya untuk korang yang dah terjun dalam dunia bisnes atau tengah fikir nak mulakan bisnes.

Korang kena paham, dalam bisnes, setiap langkah yang korang ambil memainkan peranan penting, termasuklah dalam pengurusan kewangan.

Risiko menggunakan akaun peribadi untuk urusan bisnes

Masalah pertama adalah tentang pengurusan kewangan.

Bila transaksi peribadi dan bisnes bercampur, susah nak bezakan mana satu untuk bisnes dan mana satu peribadi. Ini bukan setakat buat korang pening kepala bila nak uruskan akaun, tapi juga akan susah bila tiba masanya untuk kira cukai.

Bayangkan, korang nak kira pengeluaran bisnes, tapi dalam senarai transaksi ada juga belanja peribadi, macam beli barang dapur atau bayar bil elektrik rumah. Sebab tu tak boleh guna akaun savings.

Masalah kedua ialah dari segi perbankan.

Bank punya polisi dan sistem untuk mengesan aktiviti yang tidak biasa dalam akaun savings. Jadi, bila tiba-tiba ada banyak transaksi besar yang tak masuk akal untuk akaun peribadi, alarm akan berbunyi.

Pentingnya daftar SSM dan buka current akaun

Selepas itu, langkah seterusnya adalah membuka akaun semasa khusus untuk bisnes. Akaun semasa ni berbeza dengan akaun simpanan peribadi.

Ia direka khusus untuk urusan bisnes dan biasanya mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk keperluan bisnes, seperti limit transaksi yang lebih tinggi, fasiliti cek, dan banyak je lagi.

So, dengan adanya akaun semasa, korang boleh pisahkan transaksi bisnes dari peribadi, yang memudahkan pengurusan kewangan dan juga memastikan urusan bank korang berjalan lancar tanpa gangguan.

Langkah terbaik adalah mendaftar bisnes dengan SSM dan membuka akaun semasa. Ini bukan saja mengelakkan masalah dengan bank, tapi juga membantu korang uruskan kewangan bisnes dengan lebih efisien dan profesional. Ingat, dalam bisnes, setiap langkah penting untuk kejayaan jangka panjang!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support