TIME Internet: Paling pantas & murah dalam Malaysia!
Bila sebut TIME Internet, korang kena tahu, pakej yang diorang tawarkan ni memang susah untuk ditolak. Pakej asas TIME bermula dari RM99 sebulan, dan korang akan dapat unlimited internet dengan kelajuan 100Mbps. Laju dan termurah.
Dengan kelajuan 100Mbps ni memang sesuai sangat untuk korang yang suka layan YouTube, Netflix, atau untuk bekerja dari rumah. Dan tak ada masalah kalau keluarga dalam rumah korang ada ramai orang.
Semua boleh enjoy tanpa ada apa apa masalah. Kalau rasa nak lebih power, ada options untuk korang pilih dengan harga yang masih dalam lingkungan mampu milik.

Harga paling murah
TIME Internet adalah provider Internet paling murah yang korang boleh pilih tapi tak semua kawasan yang dia cover so korang kena check dulu. Ini harga yang ditawarkan oleh TIME INTERNET Malaysia.




Kekurangan yang perlu korang tahu
Untuk TIME Internet, kekurangan dia terletak kepada kawasan. Tak semua tempat yang TIME Internet dapat cover. TIME masih baru dan memerlukan lagi beberapa tahun untuk berada disemua tempat. Kalau duduk kampung tu, anggap je la tak ada. Boleh click disini untuk apply TIME Internet!
Maxis Fibre: Antara yang murah selepas TIME Internet
Maxis Fibre ni antara Internet Provider paling murah selepas TIME Internet.
Dari yang basic untuk browsing dan streaming biasa, sampai ke pakej yang lebih power untuk kegunaan berat seperti gaming dan kerja dari rumah yang memerlukan bandwidth yang lebih tinggi. Maxis Fibre start dengan pakej yang memberikan kelajuan 30Mbps dan naik setapak demi setapak hingga ke 800Mbps untuk korang yang memang hardcore user.
Harga yang takkan buat poket korang kering
Bila cakap pasal harga, Maxis Fibre ni ada range yang boleh dikatakan competitive lah dalam pasaran. Dengan pelan asas yang start dari sekitar RM89 sebulan, korang dah boleh get started dengan internet fibre yang stabil.
Memang harga ni agak berbaloi dengan apa yang korang dapat, especially bila ada deals dan promosi yang Maxis selalu bagi, seperti potongan harga atau upgrade kelajuan percuma.





Kelebihan Maxis Fibre
Maxis Fibre ni lagi lama dari TIME Internet. So memang coverage dia lagi stabil. Kat mana mana pun korang boleh apply. Kalau korang sign up untuk pakej yang lebih tinggi, Maxis Fibre ada selitkan sekali beberapa perks tambahan, macam free calls ke fixed lines atau even beberapa channel premium untuk korang yang suka layan TV.
Apa yang kurang?
Cuma, satu benda yang korang kena ambil kira, walaupun Maxis ni ada banyak kelebihan, ada juga kekurangannya. Antara yang ketara, adalah pakej asas mereka yang mungkin tak cukup kuat untuk sebuah rumah yang ramai orang guna internet serentak. Plus, coverage area Maxis Fibre ini mungkin belum meliputi semua kawasan di Malaysia, terutamanya di luar bandar.
Astro Fibre: All in One pakej
Kalau korang langgan Astro, dan korang tak suka bayar asing asing.
Korang boleh try Astro Fibre. Kalau korang amik pakej Astro Fibre korang akan dapat Astro, home fibre dan akan dapat sekali beberapa app macam Disney Hot Star secara percuma. So korang hanya bayar sekali pada 1 platform yang sama. Tak perlu dah korang nak pening pening.
Pakej yang ditawarkan oleh Astro Fibre ni memang direka untuk memuaskan keperluan pelbagai jenis pengguna, terutama mereka yang dah langgan pakej TV Astro dan nak seamless experience antara hiburan dengan internet.
Harga yang worth it untuk peminat hiburan
Harga bagi Astro Fibre ni agak kompetitif, dengan adanya pelbagai pilihan kelajuan dan pakej yang berbeza.
Harga start dari anggaran RM99 ke atas, tergantung pada pakej langganan TV yang korang pilih. Ini menjadikan Astro Fibre satu pilihan yang menarik, terutama bagi korang yang dah ada langganan Astro dan nak tambah servis internet yang terpadu dengan hiburan yang sedia ada.
Kelebihan Astro Fibre
Satu perkara yang menonjol dengan Astro Fibre ialah integrasinya yang licin dengan pakej hiburan Astro. Ini bermakna korang boleh stream content Astro Go dengan lebih stabil dan lancar.
Tambahan pula, Astro Fibre juga menawarkan kelajuan yang solid untuk memenuhi keperluan gaming, streaming, dan kegunaan internet harian korang.
Kekurangan Astro Fibre yang perlu dipertimbangkan
Tapi, tak semua benda perfect, kan? Astro Fibre ni mungkin masih baru dalam permainan internet dan masih banyak lagi coverage yang diorang tak cover. Ini maksudnya tak semua kawasan di Malaysia dapat menikmati servis Astro Fibre ni. Korang perlu check sama ada servis ini available di kawasan korang sebelum membuat keputusan.
Unifi: Broadband no 1 di Malaysia
Siapa je yang tak kenal dengan Unifi? Fibre Optic ni ramai yang kenal melalui Unifi.
Unifi menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk semua jenis pengguna, dari yang basic hingga ke heavy user. Dengan pakej yang bermula dari kelajuan 30Mbps untuk penggunaan asas seperti browsing dan streaming ringan, hingga kepada 800Mbps untuk penggunaan berat macam gaming online dan streaming 4K.
Pakej-pakej ni biasanya disekalikan dengan pakej yang lain macam Unifi TV packs dan telefon rumah dengan free minutes untuk panggilan. So korang akan rasa berbaloi bila korang bayar Unifi setiap bulan.
Harga yang bersaing
Dari segi harga, Unifi ni ada kelas dia tersendiri. Plan dia agak mahal sikit kalau nak compare dengan yang lain. Plan asas mungkin start dari RM129 sebulan, yang boleh dikatakan reasonable bagi kelajuan yang ditawarkan. Kadang-kadang Unifi pun ada buat promosi yang menarik, contohnya macam diskaun untuk bulan-bulan pertama atau kelajuan yang ditingkatkan pada harga yang sama.
Kelebihan Unifi
Unifi dah lama dalam game ini, dan servisnya memang stabil dan boleh dipercayai.
Selain itu, mereka menawarkan Unifi TV yang datang bersama pakej internet, memberikan korang akses kepada pelbagai saluran untuk hiburan keluarga. Servis pelanggan mereka juga cukup baik, dengan banyak cara untuk menghubungi dan mendapatkan bantuan.
Kelemahan Unifi yang korang patut tahu
Harga mahal kalau nak compare dengan yang lain. Yes betul, kalau compare dengan provider yang lain memang Unifi ni paling mahal. Ini bermakna korang perlu semak dulu sama ada area korang ada Unifi sebelum subscribe. Juga, sesetengah pengguna kadangkala report tentang isu kestabilan, terutama pada waktu peak hours.
Celcom Fibre: Connect tanpa batas untuk rumah korang
Celcom Fibre ni ada beberapa pilihan pakej yang direka untuk menyesuaikan dengan keperluan rumah-rumah di Malaysia. Dari pakej yang menawarkan kelajuan asas yang sesuai untuk browsing dan streaming ringan, hingga ke pakej yang lebih laju untuk penggunaan berat seperti download besar-besaran, gaming online, dan streaming content dalam HD atau 4K.
Harga mampu milik
Dalam soal harga, Celcom Fibre ni menawarkan beberapa pilihan yang agak berpatutan.
Pelan asas mungkin bermula dari sekitar RM120 ke atas. Ini tentunya harga yang bersaing, memandangkan kualiti dan kestabilan sambungan yang korang dapat. Selain itu, Celcom selalu ada promosi atau tawaran bundle yang boleh menjimatkan lagi kos bulanan korang.
Kelebihan Celcom Fibre
Salah satu kelebihan terbesar Celcom Fibre ialah kestabilan servis mereka. Dengan infrastruktur yang solid dan pengalaman yang panjang dalam industri, Celcom menyediakan sambungan yang boleh diharap.
Mereka juga menawarkan pemasangan yang cepat dan mudah, jadi korang tak perlu risau tentang kesulitan untuk mula menggunakan servis.
Kekurangan Celcom Fibre yang korang perlu tahu
Namun, tak semua benda perfect. Coverage Celcom Fibre mungkin belum merangkumi setiap sudut Malaysia, terutama di kawasan luar bandar. Jadi, pastikan korang check dulu sama ada servis Celcom Fibre ada di kawasan rumah korang. Dan seperti biasa, ada kemungkinan kestabilan sambungan mungkin terjejas semasa peak hours atau disebabkan faktor luar yang tak dapat dikawal.
Adakah artikel ini membantu?