Sora, teknologi Ai yang dibangunkan oleh OpenAI

Korang pernah tak terfikir, macam mana kalau korang boleh buat video tanpa perlu pakai kamera, software, atau apa-apa benda lain? Macam mimpi kan?

Tapi, benda tu dah jadi kenyataan. Sebab ada satu AI yang boleh buat semua tu dengan mudah. Namanya Sora.

Sora ni AI yang dibuat oleh OpenAI, syarikat yang dah buat banyak benda dalam bidang AI. Sora ni guna teknologi yang lagi power daripada GPT-4.

Sora ni boleh create content yang lagi hebat dari GPT 4, dia boleh buat video yang ada pemandangan, pergerakan, dan karakter yang realistik. Video tu boleh mencapai sehingga 60 saat tanpa suara, dan korang boleh pilih apa-apa je yang korang nak dalam video tu. Best kot.

Sora, teknologi Ai yang dibangunkan oleh OpenAI

Macam mana Sora ni boleh buat video?

Sora ni boleh buat video dengan cara baca dan faham pada teks yang korang tulis sebagai prompt.

Teks tu kena jelas dan spesifik, supaya Sora boleh tahu apa yang korang nak dalam video tu. Teks tu kena ada info tentang subjek, latar belakang, pergerakan kamera, dan emosi karakter. Kiranya korang kena detailskan betul betul prompt tu.

Bab ni korang kena belajar prompt sampai master. Baru hasil content korang power.

Kalau korang tulis “Snow dogs”, Sora akan buat video yang tunjuk anjing-anjing yang bermain di salji dengan riang.

Kalau korang tulis “A man walks into a bar and orders a drink. He then tells a joke to the bartender and they both laugh.”, Sora akan buat video yang tunjuk lelaki tu masuk ke bar, order minuman, cakap lawak, dan gelak bersama bartender.

Macam tu la lebih kurang.

Apa yang best pasal Sora?

Sora ni best sebab dia boleh buat video yang macam-macam genre dan tema. Korang boleh buat video yang lawak, sedih, romantik, seram, atau apa-apa je yang korang suka.

Korang boleh buat video yang pasal dunia sekarang, atau dunia fantasi yang korang cipta. Korang boleh buat video yang ada orang, haiwan, robot, atau apa-apa je yang korang nak. Sora ni takde batasan, dia boleh buat apa-apa je yang korang boleh bayangkan. Gempak.

Bila Sora ni akan release?

Sora ni belum release lagi, sebab dia masih dalam proses pembangunan dan penyelidikan. OpenAI kata, dia nak pastikan Sora ni betul-betul siap dan selamat sebelum dia share dengan orang ramai.

Tapi, korang jangan risau, sebab OpenAI ada janji, dia akan release Sora ni dalam masa terdekat. Korang kena sabar sikit, dan tunggu berita baik dari OpenAI. Apa apa hal aku akan update.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support