8 apps yang akan protect korang dari scammer

Sekarang kita semua hidup di zaman scam.

Korang mungkin dah expert dalam bab bab scam ni sebab korang mungkin dah tahu modus operandi yang dijalankan scammer ni macam mana, so korang mungkin tak perlukan lagi app ni.

Tapi, percaya atau pun tidak sebenarnya masih ramai lagi yang tak tahu tentang modus operandi yang dijalankan scammer meski pun banyak news dah keluar sana sini.

So masih ramai yang boleh kena tipu.

Jadi dengan artikel ni korang boleh share pada kawan kawan yang masih belum tahu dengan jelas tentang modus operandi yang dijalankan. App ni mudah je sebab dia akan bagi tahu siapa identiti orang yang buat panggilan kepada no korang.

1. Truecaller

App TrueCaller ni dah lama ada kat Malaysia. App ni antara app yang terbaik untuk protect korang dari no scammer. Dia boleh detect caller ID dan block spam calls dari nombor yang korang tak kenal.

Dulu TrueCaller ni memang ada isu dengan penjualan data customer, tapi sekarang tidak lagi. App ni dikira selamat untuk korang pakai.

Function app ni kalau ada scammer call, Truecaller akan bagi warning siap siap. So korang memang boleh get ready nak cakap apa atau korang tak perlu angkat langsung. Selain tu, dia ada feature untuk block spam SMS jugak.

Nak guna TrueCaller ni free je, tapi ada version pro untuk korang upgrade.

Credit to TrueCaller

2. GetContact

GetContact ni pun agak famous kat Malaysia. Dia boleh identify dan block spam calls. Selain tu, GetContact ada feature untuk tengok kawan kawan korang save no korang dengan nama apa.

So korang boleh tahu la orang terdekat korang ni save korang dengan nama baik atau nama yang tak elok. Sama macam TrueCaller, ada banyak feature yang akan bantu korang protect diri.

Credit to Daily Sabah

3. WhosCall

WhosCall ni app yang boleh detect dan block spam calls. Dia ada database yang besar untuk identify nombor yang tak dikenali. Dengan WhosCall ni korang boleh tahu no mana yang scam dan no mana yang ada kes.

Selain tu, WhosCall ada feature untuk block SMS spam jugak. Memang sesuai untuk protect korang dari scammer. WhosCall ni lebih kurang macam TrueCaller.

Credit to WhosCall.com

4. Hiya – Caller ID & Block

Hiya ni salah satu app terbaik untuk block scam calls. Versi free dia pun dah cukup power, tapi kalau korang nak lebih protection, boleh upgrade ke versi premium.

Hiya boleh detect dan block fraud calls secara automatik. Interface dia pun user-friendly, dan tak serabut dengan iklan. Cuma Hiya ni famous kat luar negara tapi tak berapa sangat kat dalam Malaysia ni. Tapi korang boleh try.

5. RoboKiller – Spam Call Blocker

RoboKiller ni ada twist sikit. Dia bukan je block spam calls, tapi dia hantar scammer ke robot answering machine untuk buang masa diorang dengan robot.

Siap record lagi antics scammer tu. Memang kelakar dan efektif untuk elak scam calls. Korang boleh gunakan RoboKiller ni untuk bantu korang protect diri dari no scammer.

6. CallApp – Caller ID & Block

CallApp ni ada banyak features. Selain block scam calls, dia ada caller ID, call recording, dan banyak lagi. Kalau korang nak app yang all-in-one, CallApp ni memang sesuai. Dia boleh protect korang dari scammer dengan cara yang comprehensive. Tapi tak berapa famous kat dalam Malaysia ni.

7. Norton Mobile Security

Norton Mobile Security ni bukan je untuk block scam calls, tapi dia ada complete security package. Dia boleh protect korang dari malware, phishing, dan macam-macam lagi. Kalau korang nak protection yang hampir complete untuk devices korang, try guna Norton Mobile Security ni. Memang berbaloi.

8. Mr. Number: Spam Call Blocker

Mr. Number ni bagus untuk number lookup dan spam blocking. Dia owned/operated by Hiya, so korang boleh expect quality yang sama dengan app Hiya tadi. Kalau korang nak app yang boleh detect dan block scam calls, Mr. Number ni memang pilihan yang baik.

Kesimpulan

Walaupun app ni boleh menunjukkan no scammer, tapi kesilapan itu boleh berlaku. Kadang kadang no tu tak keluar pun sebagai no scammer tapi sebenarnya itu no scammer.

Kadang kadang juga orang tu bukan scammer sebenarnya, tapi bila system mengatakan itu scammer mungkin ada orang cuba untuk sabotaj dengan meletakkan no dia sebagai scammer dan spam.

So sentiasa berhati hati didalam membuat penilaian. Kalau korang rasa artikel ni berguna untuk orang lain, sharekan.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial