Mesti korang terfikir macam mana agaknya hacker boleh hack akaun Telegram korang kan? Sebab tu korang ada kat sini!
Dalam dunia digital yang serba canggih ni, penting betul untuk korang jaga keselamatan maklumat peribadi. Jom tengok macam mana korang boleh protect akaun Telegram dengan lebih mendalam.
Gunakan kata laluan yang kuat
Pertama sekali, pastikan korang gunakan kata laluan yang kuat untuk akaun Telegram korang.
Kata laluan yang baik adalah gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol. Elakkan guna kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun.
Aktifkan pengesahan dua langkah (2FA)
Telegram menawarkan ciri pengesahan dua langkah, yang menambah tahap keselamatan tambahan.
Dengan 2FA, walaupun seseorang tahu kata laluan korang, mereka masih perlukan kod yang dihantar ke telefon korang untuk masuk. Ini mengurangkan risiko akses tidak sah.

Berhati-hati dengan mesej yang ada link mencurigakan
Jangan mudah percaya dengan mesej yang korang terima, terutamanya yang ada link pelik pelik. Jika ada link yang mencurigakan, lebih baik jangan klik.
Bahaya!
Ini termasuklah link dalam mesej daripada orang yang korang tak kenal. Kalau korang main click je, tak heran la kalau korang kena hack.
Gunakan aplikasi Telegram sahaja
Pastikan korang hanya muat turun dan gunakan aplikasi Telegram yang sah dari apps store yang trusted seperti Google Play Store atau Apple App Store.
Elakkan menggunakan versi ‘modded’ yang tidak rasmi. Risiko kena malware beb. Kalau dah kena baru nak menangis.
Jaga privasi dalam settings group dan chat
Telegram membolehkan korang untuk control siapa yang boleh melihat nombor telefon korang dan siapa yang boleh menambah korang ke dalam group.
Pastikan korang check settings privasi ini untuk mengelakkan orang yang tak diingini menambah korang ke dalam group atau melihat maklumat peribadi korang.
Berhati-hati dengan akses devices
Kalau korang log masuk Telegram pada devices yang lain, pastikan korang log keluar selepas selesai menggunakannya.
Jangan biarkan akaun Telegram korang terbuka pada devices yang boleh diakses oleh orang lain. Contoh korang bukak kat cc ke, bukak kat hp orang lain ke.
Update Telegram
Pastikan aplikasi Telegram korang sentiasa dikemas kini. Kemas kini biasanya mengandungi improvement security dan fixed bug dalam app.
Gunakan ‘Secret Chat’ untuk end to end mesej
Jika korang ada menghantar maklumat sensitif, gunakan feature ‘Secret Chat’ yang ada enkripsi end-to-end.
Benda ni untuk memastikan hanya pengirim dan penerima yang boleh baca mesej tersebut. Feature ini juga melarang mesej itu daripada diteruskan.
Tetapkan time untuk gambar
Bila korang hantar gambar, korang boleh tetapkan timer. Benda ni untuk memastikan media tersebut hilang selepas tempoh tertentu, tapi pastikan korang dalam ‘Secret Chat’ untuk guna ciri ni.
Aktifkan auto-delete untuk mesej
Ciri auto-delete membolehkan korang tetapkan timer bila mesej dalam akaun Telegram korang patut dipadam. Bila dah padam, tak ada sesiapa pun boleh trace!
Sembunyikan alamat IP korang
Untuk elakkan data lokasi korang jatuh ke tangan yang salah, gunakan ciri ‘sembunyikan alamat IP saya’ dalam Telegram.
Dengan mengikuti langkah-langkah tambahan ini, korang boleh tambah baik keselamatan akaun Telegram korang. Ingat, keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab kita semua.
Jadi, jaga keselamatan digital korang dan pastikan pengalaman berkomunikasi korang di Telegram selamat dan menyenangkan! Stay secure, guys!
Adakah artikel ini membantu?